Posted on Leave a comment

Tips memilih mentor ejen hartanah

Perkara pertama yang selalunya dicari untuk menjadi ejen hartanah ialah mencari “mentor”. Mencari mentor yang sesuai adalah sangat penting kerana mentor ini lah yang akan mengajar atau menolong anda untuk mencapai kejayaan.

Apa-apa bidang sekalipun, ada guru atau mentor yang membantu kita.

Sebelum seseorang menjadi doktor atau tukang kasut sekalipun.
Mesti akan menerima ilmu dari seseorang yang lebih berpengalaman.

Tidak cukup hanya bergantung pada buku atau teori semata-mata. Cumanya yang membezakan ilmu itu diturun secara formal atau pun tidak.

Jangan diragui keikhlasan mentor kita, sebabnya jualan anda juga akan membantu mentor untuk mencapai KPI (performance indicator). Kiranya sebagai WIN-WIN SITUATION”

Antara faktor-faktor yang boleh dipertimbangkan sewaktu anda ingin memilih mentor adalah seperti berikut

1. Pengalaman dan kejayaan

Pilih mentor yang berpengalaman dan kerjayanya sebagai perunding hartanah sudah stabil. Penunjuknya mungkin pernah dinobatkan sales terbaik agensi dan sebagainya. Mentor yang berpengalaman selalunya mempunyai strategi jualan masing-masing.

Ataupun dengan pengalaman melatih perunding hartanah yang baru. Jika mentor anda sudah mempunyai ramai perunding hartanah di bawah seliannya. Ini juga satu penanda yang baik bahawa mentor anda sudah mempunyai pengalaman dalam melatih perunding hartanah.

Tidak digalakkan anda mencari penunjuk dengan “jenis kereta yang dipakai” atau “barang branded yang dipakai”. Tidak semestinya luaran menggambarkan segalanya. Ada yang penampilan biasa, tapi mempunyai simpanan yang lebih banyak.

2. Faktor jarak

Selain faktor kejayaan dan pengalaman. Ada lebih baiknya mentor pun di area yang berdekatan dengan anda. Ini akan memudahkan anda untuk menghadiri meeting atau perjumpaan nanti. Kalau jauh sangat, mungkin anda sendiri pun lemah semangat nak menghadiri sesi perjumpaan.

Bagi saya, faktor jarak adalah antara yang terpenting. Ini kerana ianya akan memudahkan tugas anda dan mempercepatkan apa-apa urusan tugasan.

3. Selesa berkomunikasi

Selesa berkomunikasi juga adalah faktor yang penting. Berjaya tinggi langit pun mentor anda, tetapi anda tidak berasa selesa pun susah juga. Pilih yang anda rasa selesa berkomunikasi dan boleh bekerjasama.

Sebab mentor pun ada pelbagai pendekatan. Ada sesetengah mentor yang suka menggunakan pendekatan media social, ada sesetengah yang pendiam (yang sebenarnya bercakap bila perlu) ada yang too friendly.

Bagi saya ianya sebenanarnya bergantung kepada diri sendiri. Bagaimana kita menyesuaikan diri.

Sebagai contoh jika tidak suka dengan sikap majikan anda. Agak mustahil untuk dapat mengubah sikap majikan anda. Yang perlu menyesuaikan diri adalah “Diri sendiri”.

Jika kita tidak mahu atau tidak boleh menyesuaikan diri,
Kita masih boleh buat pilihan yang terakhir. Iaitu memilih mencari majikan yang lain.

4. Kepercayaan

Boleh letakkan kepercayaan kepada mentor untuk membimbing anda. Apabila anda percaya, ianya mudah untuk bekerjasama.

Bila mentor memberi nasihat atau cadangan, mudah anda turuti atau berbincang sebab anda “PECAYA” dengan pengalaman mentor.