Posted on Leave a comment

Kerjaya sebagai Ejen Hartanah

Ketahui cara untuk jadi agen hartanah, laluan kerjaya dan cabaran jadi agen hartanah

Kalau ditanya anak-anak kecil apa cita-cita mereka bila dah besar, pasti jawapan klise yang diberi mereka antaranya nak jadi doktor, polis, guru dan sebagainya.

Tapi jangan pelik ya, kini sudah  ada yang mengenali kerjaya sebagai perunding hartanah. Mungkin mereka mengetahuinya kerana bapa mereka seorang ejen hartanah atau  melalui kenalan keluarga saudara-mara yang bekerja dalam bidang ini atau mereka mengetahuinya apabila melihat proses jual beli rumah itu di depan mata.

Mungkin terdetik di hati mereka, “Nak kerja jual rumah lah”

“Nampak, masih boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan”

Baiklah, berbalik kepada artikel ini, adakah anda sedang mencari maklumat tentang laluan kerjaya menjadi seorang agen hartanah?

Ataupun, anda sendiri yang berminat atau anak anda atau jiran anda atau sesiapapun sahaja, dipersilakan baca artikel ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai kerjaya sebagai seorang agen hartanah.

Kerjaya ini tidaklah begitu popular dalam kalangan senarai kerjaya idaman tetapi kalau kena gaya, ia boleh memberi kepuasan karier bagi  yang meminati bidang hartanah ini.

Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri melalui pemerhatian dan pengamatan terhadap perkara-perkara yang berlaku sepanjang saya menjadi agen hartanah ini, Ia ditambah dengan bacaan dan rujukan yang berkaitan bidang ini.

Jom baca!

Pengenalan

Perunding hartanah atau juga yang dikenali oleh masyarakat sebagai agen hartanah merupakan profesion pekerjaan yang melibatkan urus niaga jual dan beli hartanah seperti kawasan kediaman, rumah, aset bangunan dan tanah.

Senang cerita, anda adalah orang tengah  yang menguruskan urusan jual beli antara pengguna yang ingin menjual atau membeli hartanah, dengan pihak pemaju dan bank yang memberikan pinjaman untuk melayakkan anda berjaya dengan urusan jual beli tersebut.

Menurut laporan US News pada tahun 2020, kerjaya sebagai agen hartanah berada di ranking #4 dalam skop kerjaya bidang jualan dan pemasaran. Ranking ini disusun mengikut aspek seperti seperti:

  1. Tahap gaji yang diterima;
  2. Peluang pekerjaan di pasaran;
  3. Perkembangan kerjaya di masa akan dating;
  4. Tekanan tempat kerja;
  5. Faktor keseimbangan antara kerjaya dengan kehidupan seharian.

Definisi Agen Hartanah Perunding Hartanah

Apa Itu Agen Hartanah?

Seorang agen hartanah ialah individu yang telah mengikuti kursus perundingan hartanah dan/atau mempunyai kelayakan akademik dalam bidang hartanah. Antara jenis kelulusan akademik yang berkaitan dengan bidang ini adalah seperti:

  • Sijil
  • Diploma
  • Ijazah

Antara universiti awam yang menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Penurusan Hartanah atau Bachelor in Real Estate Management ialah:

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM – cawangan Seri Iskandar, Perak)

Pelajar perlu menjalani latihan industri atau praktikal selama 2 tahun sebelum bergraduasi. Sekiranya mereka serius dalam bidang ini dan ingin membuka agensi hartanah sendiri, mereka perlu lulus temu duga yang diadakan oleh Lembaga Penilai Pentaksir dan Agen Hartanah selain menghadiri kursus perundingan hartanah.

Sila pastikan dapat kelulusan dulu ya barulah boleh anda gelar diri anda sebagai seorang agen hartanah!

Apa Itu Perunding Hartanah?

Sementara itu, perunding hartanah merupakan staf bawahan yang dilantik oleh agen hartanah untuk melakukan transaksi atau membantu urusan jual beli hartanah.

Sekiranya sesebuah urusan jual beli hartanah tersebut berjaya dilakukan, komisyen yang diterima adalah berdasarkan  terma dan persetujuan yang telah ditetapkan lebih awal antara perunding hartanah dengan agen hartanah yang menjadi agensi mereka.

Dari segi teknikal, perunding hartanah ialah subset kepada agen hartanah. Maksudnya, agen hartanah boleh jadi perunding hartanah, tapi, perunding hartanah tidak boleh jadi agen hartanah.

Tetapi lagi sekali, kita di Malaysia ni macam biasalah kan, kalau di kedai  mamak tu semua orang jadi bos, jadi untuk bidang hartanah ni, orang ramai jarang yang tahu perbezaan antara kedua-dua agen hartanah vs perunding hartanah. Pukul rata, semua dipanggil agen hartanah.

Pun boleh lah kan asalkan urusan jual beli anda berjaya disempurnakan dengan baik dan dilakukan mengikut tatacara dan prosedur perundangan yang betul.

Syarat dan Kelayakan:

Kena masuk kolej ke untuk dapatkan kelayakan?

Tiada syarat pendidikan minimum untuk menjadi seorang perunding hartanah, tapi kenalah pandai mengira, perlu tahu asas menggunakan komputer, membaca dan menulis; itu sudah tentu jatuh hukum wajib.

Untuk memudahkan urusan, anda perlu mempunyai kenderaan sendiri supaya senang anda bergerak untuk mencari klien dan pemilik hartanah.

Kerjaya ini sebenarnya boleh diceburi oleh sesiapa sahaja dan tiada ujian kelayakan asalkan anda mahir berkomunikasi dan gigih berusaha tidak mudah berputus asa.

Cara Menjadi Agen Hartanah Perunding Hartanah:

Ada kursus atau program latihan ke?

Sesiapa sahaja yang mempunyai minat atau betul-betul serius ingin libatkan diri sebagai agen hartanah, dialu-alukan untuk menceburi kerjaya ini.

Tapi, mestilah ada syaratnya, orang bawa kereta pun kena ada lesen, doktor perubatan pun kena berdaftar, sama juga macam kalau nak jadi agen hartanah atau perunding hartanah ni.

Sebelum anda boleh memulakan hari anda sebagai agen hartanah, anda WAJIB menyertai mana-mana kursus perundingan hartanah selama 2 hari yang dperakui oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Agen Hartanah. Lembaga ini telah menetapkan bahawa semua perunding dan agen hartanah perlu mendaftar di bawahnya. Tak daftar, tak boleh!

Sepanjang kursus 2 hari tersebut, banyak pengisian yang boleh membantu kita untuk menjadi agen hartanah yang lebih power and successfull antaranya:

  • Topik pengenalan hartanah di Malaysia dan pasaran hartanah
  • Industri hartanah
  • Standard atau piawai agensi hartanah di Malaysia
  • Skop kerja agen hartanah
  • Kemahiran komunikasi untuk membantu rundingan yang berjaya
  • Asas perundangan untuk lebih memahami aspek guaman
  • Penggunaan teknologi dalam bidang hartanah

Sijil akan diberikan selepas anda tamat berkursus.

Persiapan Menjadi Agen Hartanah:

Apa yang perlu dibuat?

Seterusnya, saya akan ceritakan serba ringkas, kronologi atau langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk bergelar seorang agen hartanah di Malaysia.

  1. Hadir ke kursus perundingan hartanah yang diterangkan sebelum ini. Yuran yang dikenakan ialah RM600.
  2. Tamat kursus, bawa salinan sijil anda dan cari agensi hartanah yang sah untuk anda sertai sebagai agen. Kebiasannya, agensi akan mengenakan yuran pendaftaran sebanyak RM100-500 bergantung kepada agensi tersebut.
  3. Kemudian, pastikan anda sudah mempunyai kelengkapan seperti laptop, telefon pintar, kad bisnes, pita ukur, banner dan sebagainya untuk memudahkan kerja-kerja anda sebagai agen hartanah.
  4. Dah bersedia dengan semua kelengkapan dan maklumat berkaitan? Inilah masanya anda meluaskan pemasaran anda untuk orang kenali anda sebagai agen hartanah.

Tips Pemasaran Agen Hartanah:

Macam mana nak cari klien?
  1. Iklankan diri anda di platform jualan.

Antaranya seperti Mudah, Majalah, Iproperty dan sebagainya. Zaman sekarangkan memang ramai yang suka shopping online? Semua benda akan dicari secara online.

  1. Kukuhkan imej di media sosial.

Manfaatkan Twitter, Facebook, Instagram, Tiktok dan sebagainya untuk memasarkan diri anda. Mungkin anda tak perlu secara direct bagitahu yang anda ialah agen hartanah; mungkin anda boleh cipta kandungan media sosial yang menarik untuk dikenali dan mengumpul bilangan pengikut yang ramai.

Dari situ, orang ramai akan mula ingin tahu atau menyelidiki latar belakang anda sebagai agen hartanah.

  1. Pengiklanan digital.

Zaman sekarang memang zaman media sosial. Iklan di surat khabar, radio dan majalah rasanya macam dah kurang relevan. Anda boleh gunakan khidmat social media influencer yang kita panggil tweetfamous, instafamous, youtuber, tiktokfamous dan sebagainya ini untuk review servis anda.

Caj pengiklanan mereka ini jauh lebih murah kalau nak dibandingkan dengan pengiklanan di TV atau radio.

Pendapatan Agen Hartanah:

Boleh kaya ke kerja agen hartanah ni?

Siapa yang nak kerja dengan gaji rendah? Semua orang  mahukan pekerjaan yang stabil, gaji yang lumayan dan beban kerja yang tidak begitu menyusahkan. Tak hairanlah ramai yang nak sangat masuk kerja kerajaan, bukan ke? Senang nak buat loan bank katanya…

Jangan risau, bak kata pepatah moden, rezeki tak pernah salah alamat, ulat dalam batu pun boleh hidup, saya senaraikan di sini bagaimana anda boleh buat duit dengan kerjaya sebagai agen hartanah ini,

  1. Dapat komisyen melalui hasil jualan atau sewaan hartanah

Bak kata orang putih, we cut to the chase je lah, kerjaya agen hartanah ini bukanlah macam kerani atau pekerja kerajaan yang cukup jam, hujung bulan gaji masuk.

Agen hartanah makan gaji dengan komisyen jualan yang berjaya dikendalikan. Komisyennya ialah lebih kurang dalam 3% daripada harga unit rumah.

Komisyen ini merupakan standard bagi harga dan kadar pasaran di negara kita. Contoh pengiraan mudah, kalau anda berjaya menjual rumah yang berharga RM1 juta, anda akan mendapat komisyen sebanyak RM30k.

Daripada nilai komisyen sebanyak RM30k ini, anda akan berkongsi dengan agensi yang anda naungi. Perkongsian ini pula bergantung kepada perjanjian anda dengan agensi anda. Contohnya anda bersetuju 50:50 dengan hasil komisyen, anda akan mendapat RM15k sebagai komisyen bersih.

Tapi, ikut pengalaman saya, kebanyakan agensi membahagikan 60% untuk agen baru dan pratus komesin ini akan naik dari masa ke semasa.

Itulah ‘gaji’ anda. Bayangkan jika dalam sebulan, anda berjaya menjual 3 unit buah dengan harga serupa, anda boleh meraih pendapatan RM54k untuk bulan itu.

Masyuk sungguh tu! Nilai komisyen ini akan makin bertambah jika anda rajin mencari pembeli dan bersungguh-sungguh menyiapkan urusan jual beli tersebut dengan sempurna.

Lebih-lebih lagi bagi jualan rumah di kawasan bandar seperti di Lembah Klang yang mempunyai banyak lot jualan dan harganya pula ratusan ribu hingga jutaan ringgit bagi setiap unit.

  1. Bayaran daripada yuran guaman

Selain komisyen jualan rumah yang berjaya, anda turut memperolehi wang poket tambahan melalui bayaran daripada yuran guaman melalui peguam yang anda rekemenkan.

Secara asasnya, urusan jual beli rumah memerlukan campur tangan peguam supaya urusan tersebut melalui sistem perundangan yang telus dan melindungi hak kedua-dua pembeli dan penjual.

Sebagai agen hartanah, anda boleh rekemenkan seorang peguam untuk memastikan kelancaran urusan. Daripada kos guaman yang dikenakan, peguam tersebut akan memperuntukkan sejumlah wang sebagai saguhati kepada anda yang telah rekemenkan khidmat mereka sebagai peguam dalam urusan jual beli tersebut.

Nilainya tidaklah sekencang jumlah komisyen 3% jualan rumah tadi, tetapi rezeki jangan ditolak. Ada yang boleh mencecah ratusan ringgit untuk satu urus niaga yang berjaya.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, RM100 pun sangat bernilai lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkeluarga.

Posted on Leave a comment

Tips jadi ejen hartanah yang berjaya dalam masa setahun sahaja

Tahun pertama menjadi ejen hartanah ialah tahun yang paling mencabar. Tak kira apa latar belakang anda. Atau Pendidikan.  itu bukan lah satu punca utama kejayaan untuk menjadi ejen hartanah Ada yang berpendidikan tinggi, tapi ada juga yang hanya lepasan spm boleh menjadi top ejen hartanah. Ada dulunya engineer, ada yang cikgu…ada juga sebagai suri rumah. Apa pun latar belakang anda, yang pentingnya semangat untuk berusaha. Dari pengalaman saya, sekiranya seseorang agen itu survive atau berjaya dalam masa setahun. Untuk  lebih berjaya pada tahun hadapan amat lah cerah.

Jadi tahun pertama sebagai ejen hartanah amat lah penting!!!

Ikuti tips ini

  • Ikut mentor
  • Konsisten
  • Pasang strategi
Ikut mentor

Perkara yang paling mudah dan cepat untuk berjaya ialah IKUT MENTOR.  Tips memilih mentor untuk ejen hartanah. Sebab apa?

Sebab kita sendiri yang pilih mentor atas dasar “Kepercayaan”

Pastinya pemilihan kita disebabkan mentor kita berpengalaman sebagai ejen dalam bidang hartanah. Atau mentor kita menunjukkan ciri-ciri sebagai ejen hartanah yang berjaya. Dan mungkin kita selesa dengan cara berkomunikasi mentor.

Jadi kita perlu letakkan kepercayaan dengan mengikuti tips atau segala panduan mentor kita beri. Tiru cara kerja atau ambik pengajaran daripada pengalaman mentor. Mereka akan mengajar anda cara bercakap dengan client, nak handle pelbagai ragam dan karenah client.

cara buat sales dan pelbagai lagi

Saya juga ikut mentor pada permulaan, sekarang saya pula yang melatih ejen-ejen baru.  Saya juga melatih ejen saya seperti apa yang mentor saya ajar.

Resepi turun menurun!!!

 

Konsisten

Konsisten adalah antara key point kejayaan utama. Usaha perlu berterusan. Tak boleh lah sekejap bersemangat, sekejap putus harapan.

  • Ada hari yang tetiba klien cancel nak jual rumah
  • Ada hari yang projek anda kena sailing
  • Ada hari dari pagi sampai ke petang ada appointment dgn client, anda pula tetibe rasa tak cukup rehat
  • Ada yang perlu uruskan jual beli hartanah yang rumit.

Walaupun apa hari yang mendatang teruskan langkang, jangan sesekali berputus asa dan berpatah balik.

Saya selalu ingatkan ejen bawah saya time mereka tengah down “ Mengapa dulu buat keputusan jadi ejen hartanah”. Mengapa tak jadi ejen yang lain. PERLU INGAT, dan teruskan melangkah. Lagipun bila dikenang balik saya atau ejen hartanah yang lain, I. allah cukup untuk pendapatan asas.  Cumanya sales banyak atau kurang sahaja.

Atau erti kata lain lumayan ataupun tidak Itupun sebenarnya bergantung pada usaha juga. Yang penting kene terus konsisten usaha, mencari ilmu apa sahaja yang berkaitan dengan hartanah

 

Ilmu pemasaran

Ilmu nak bercakap dengan klien pun, bukan satu yang mudah dan yang paling penting belajar dari kesilapan. Pasti ada silap Langkah, pasti ada yang silap percaturan. Dan yang paling penting jangan ulangi kesilapan yang sama.

 

Pasang strategi

Pengurusan Pipeline

Dalam bisness hartanah ini, setiap agen mempunyai cara pengendalian pipeline yang berbeza. Tapi dalam satu objective yang sama iaitu menguruskan aliran jualan untuk mendapatkan lebih banyak urusniaga.

Di mana, pipeline ini adalah “workflow” dalam menjual. Ia merupakan kombinasi pemasaran, perjumpaan dengan klien, pertunjukan (viewing) hartanah, mengadakan perjanjian jual beli. Pipeline terbahagi kepada dua,

  1. Pemilik rumah -yang merancang untuk menjual rumahnya
  2. Pembeli rumah-yang merancang untuk membeli rumah baru

Dalam pipeline pemilik atau pembeli rumah ada beberapa peringkat yang perlu dilalui secara fasa per fasa

Pemilik rumah

  1. Hubungi: Perlu hubungi pemilik rumah untuk kepastian dan dan maklumat-maklumat yang sepatutnya. Logiknya jika tiada pemilik nak jual rumah, bagaimana kita nak menjual bukan?
  2. Semak nilai pasaran- Berapa harga pasaran dan selalunya rumah akan lebih mudah untuk dijual sekiranya bawah daripada harga pasaran
  3. Temu janji & Pemeriksaan rumah – Untuk melihat keadaan sebenar rumah
  4. Pemasaran-untuk mendapatkan pembeli yang baru

Pembeli

  1. Hubungi
  2. Semak kelayakan
  3. Temu janji & Pemeriksaan rumah
  4. Rundingan
  5. Uruskan proses pinjaman
  6. Uruskan proses guaman

Jika anda perhatikan “workflow pipeline ini sudah bersistematik.

Contohnya untuk pembeli rumah selepas hubungi perlu semak kelayakan terlebih dahulu. Sebab apa?

Kalau tidak layak, bagaimana nak teruskan proses membeli rumah. Jika anda skip dan teruskan proses rundingan. Ianya agak membuang masa kerana pada proses pengurusan pinjaman. Ianya akan “GAGAL”. Akhirnya anda juga gagal menjual rumah

 

Jadi apa tugas anda?

Tugas utama anda, ikut pipeline ini. Ianya akan membuatkan anda lebih focus pada setiap fasa. Malah akan menjadikan anda lebih berdisiplin dalam pengurusan. Jika tidak Berjaya, dengan pipeline ini anda boleh buat analisis dan mencari kesilapan yang perlu diperbaiki.

Penggunaan pipeline ini perlu diikuti dengan “konsep jualan” yang biasa diaplikasikan dalam perniagaagn

  1. Jumlah potensi klien
  2. Cepat mengambil Tindakan
  3. Kualiti Klien

 

Uruskan pinjaman

Waktu ini anda boleh memilih klien yang dapat membeli dengan harga yang lebih tinggi.

Walaupun mungkin ada risiko, ada klien yang tak jadi beli atau masalah pinjaman.

Masih boleh diteruskan dengan klien yang lain

Cepat bertindak juga memainkan peranan. Jika kita terlalu lambat, klien juga boleh hilang semangat atau bertukar fikiran untuk membeli atau menjual rumah mereka.

Dalam masa yang sama kualiti klien juga memainkan peranan dalam jual dan beli rumah.

Faktor kelayakan, faktor kemahuan dan sebagainya. Adakalanya klien hanya mahu bertanya dan survey rumah mana yang layak dibeli. Ada yang memang berminat disebabkan lokasi dan sebagainya.

Sekiranya anda sudah biasa membuat pipeline ini, anda akan sedar. Sebenarnya ini bermain dengan ratio.

Contohnya 100 klien yang anda hubungi mungkin akhirnya hanya 2 orang sahaja yang Berjaya membeli rumah. Jadi anda perlu gandakan jumlah klien ini

Semakin berpengalaman atau lama dalam industry ini, ratio ini akan berubah contohnya dengan hubungi 20 orang klien sahaja, akan dapat 2 orang klien yang Berjaya.

Ini disebabkan pengalaman atau portfolio anda. Maka, klien akan bertambah yakin.

Bina hubungan baik dengan klien

Sekiranya anda dapat menyelesaikan sesuatu jualan atau pembelian dengan baik. Sedikit sebanyak akan dapat memberi gambaran tentang kualiti kerja anda. Klien juga berkemungkinan akan refer anda pada kenalanya.

Yang tidak layak meminjam pun digalakkan bina hubungan dan motivasikan mereka untuk membeli rumah. Bagi cadangan yang perlu mereka lakukan untuk membeli rumah pada masa hadapan.

Mungkin ini adalah klien anda beberapa tahun akan datang. Sekiranya mereka Berjaya membeli rumah atas motivasi dan cadangan anda. Anda juga akan membina kualiti klien yang bukan sahaja layak membuat pinjaman tetapi memudahkan urusan pembelian kerana klien ini sudah mempercayai anda. Pastinya klien ini juga akan refer kepada kenalan-kenalan tentang pertolongan yang anda berikan.

Berkomunikasi dan menggunakan kata-kata yang baik juga akan membantu membina hubungan yang baik dengan klien. Walaupun ada kalanya klien yang cancel temujanji, cancel nak jual rumah, tak jadi beli rumah. Kita masih perlu bersikap professional dan anggap sahaja tiada rezeki. Jika anda bersabar, mungkin satu hari mereka juga akan menjadi klien anda. 

Kesimpulannya

Sekiranya anda mempraktikkan kaedah atau cara ini, besar peluang untuk Berjaya. Hal ini kerana sememangnya inilah kaedah yang di guna pakai oleh ejen hartanah lain. Konsepnya masih sama, mungkin cara perjalanan yang berbeza.

Posted on Leave a comment

Tips memilih mentor ejen hartanah

Perkara pertama yang selalunya dicari untuk menjadi ejen hartanah ialah mencari “mentor”. Mencari mentor yang sesuai adalah sangat penting kerana mentor ini lah yang akan mengajar atau menolong anda untuk mencapai kejayaan.

Apa-apa bidang sekalipun, ada guru atau mentor yang membantu kita.

Sebelum seseorang menjadi doktor atau tukang kasut sekalipun.
Mesti akan menerima ilmu dari seseorang yang lebih berpengalaman.

Tidak cukup hanya bergantung pada buku atau teori semata-mata. Cumanya yang membezakan ilmu itu diturun secara formal atau pun tidak.

Jangan diragui keikhlasan mentor kita, sebabnya jualan anda juga akan membantu mentor untuk mencapai KPI (performance indicator). Kiranya sebagai WIN-WIN SITUATION”

Antara faktor-faktor yang boleh dipertimbangkan sewaktu anda ingin memilih mentor adalah seperti berikut

1. Pengalaman dan kejayaan

Pilih mentor yang berpengalaman dan kerjayanya sebagai perunding hartanah sudah stabil. Penunjuknya mungkin pernah dinobatkan sales terbaik agensi dan sebagainya. Mentor yang berpengalaman selalunya mempunyai strategi jualan masing-masing.

Ataupun dengan pengalaman melatih perunding hartanah yang baru. Jika mentor anda sudah mempunyai ramai perunding hartanah di bawah seliannya. Ini juga satu penanda yang baik bahawa mentor anda sudah mempunyai pengalaman dalam melatih perunding hartanah.

Tidak digalakkan anda mencari penunjuk dengan “jenis kereta yang dipakai” atau “barang branded yang dipakai”. Tidak semestinya luaran menggambarkan segalanya. Ada yang penampilan biasa, tapi mempunyai simpanan yang lebih banyak.

2. Faktor jarak

Selain faktor kejayaan dan pengalaman. Ada lebih baiknya mentor pun di area yang berdekatan dengan anda. Ini akan memudahkan anda untuk menghadiri meeting atau perjumpaan nanti. Kalau jauh sangat, mungkin anda sendiri pun lemah semangat nak menghadiri sesi perjumpaan.

Bagi saya, faktor jarak adalah antara yang terpenting. Ini kerana ianya akan memudahkan tugas anda dan mempercepatkan apa-apa urusan tugasan.

3. Selesa berkomunikasi

Selesa berkomunikasi juga adalah faktor yang penting. Berjaya tinggi langit pun mentor anda, tetapi anda tidak berasa selesa pun susah juga. Pilih yang anda rasa selesa berkomunikasi dan boleh bekerjasama.

Sebab mentor pun ada pelbagai pendekatan. Ada sesetengah mentor yang suka menggunakan pendekatan media social, ada sesetengah yang pendiam (yang sebenarnya bercakap bila perlu) ada yang too friendly.

Bagi saya ianya sebenanarnya bergantung kepada diri sendiri. Bagaimana kita menyesuaikan diri.

Sebagai contoh jika tidak suka dengan sikap majikan anda. Agak mustahil untuk dapat mengubah sikap majikan anda. Yang perlu menyesuaikan diri adalah “Diri sendiri”.

Jika kita tidak mahu atau tidak boleh menyesuaikan diri,
Kita masih boleh buat pilihan yang terakhir. Iaitu memilih mencari majikan yang lain.

4. Kepercayaan

Boleh letakkan kepercayaan kepada mentor untuk membimbing anda. Apabila anda percaya, ianya mudah untuk bekerjasama.

Bila mentor memberi nasihat atau cadangan, mudah anda turuti atau berbincang sebab anda “PECAYA” dengan pengalaman mentor.

Posted on Leave a comment

Kelebihan jadi ejen hartanah?

Di Malaysia ni, macam-macam jenis ejen boleh dipilih. Nak pilih sebagai full time, part time pun boleh

Boleh jadi ejen tudung, ejen makanan viral, ejen penapis air, ejen makanan kesihatan seperti dan pelbagai lagi.

Tapi mengapa perlu jadi ejen hartanah? Atau erti kata lain kelebihan jadi ejen hartanah

1) Komisyen tinggi

Komisyen tinggi bermaksud kebarangkalian pendapatan pun adalah lumayan.

Ramai yang nak jadi ejen hartanah sebab komisyen yang tinggi.

Kalau dapat jual satu rumah pun dalam sebulan pun dah boleh dapat lebih RM 4k.

Contohnya rumah A, harga RM 200, 000:

Komisen dapat: 3%

Ini bermakna sudah RM 6, 000

Ini baru sebuah rumah, kalau banyak rumah?

Anda masih boleh menjadi millionaire dengan hanya menjadi ejen hartabah. Mengikut kajian di Amerika, 99% jutawan adalah dari empat kategori ini

1. Pernigaan sendiri-74%
2. Eksekutif kanan (senior)-10%
3. Golongan perofesional seperti doctor pakar, peguam etc-10%
4. Jurujual dan perunding jualan-5%

Lihat!!
Kerjaya sebagai jurujual dan perunding jualana dalam golongan yang utama boleh menjadi “millionaire”.

Masa depan yang sangat cerah bukan? Ini adalah sebab utama mengapa ramai yang memilih menjadi ejen hartanah

Kalau nak bina perniagaan sendiri, banyak risikonya.

Salah langkah, habis duit simpanan dan kemungkinan boleh berhutang.

Nak jadi golongon professional, nie dari sekolah dah kena mula.

Jurujual dan perunding jualan yang nampaknya kurang risiko dan tidak mengambil factor Pendidikan formal.

Yang paling penting usaha,
masih boleh dikira mencari ilmu yang tak formal seperti ilmu pemasaran, komunikasi etc

Yang mana boleh sahaja belajar dengan mentor anda.

2) Tentukan sendiri masa hadapan

Dengan menjadi ejen hartanah, anda yang menentukan sendiri masa hadapan.

Kalau nak pendapatan yang lumayan, perlulah berusaha.

Kalau nak cukup makan sahaja, sales pun cari cukup-cukup je. Pendek kata semua bergantung pada anda.

Kerjaya ini tak sama dengan makan gaji. Kurang rajin pun masih boleh mendapat gaji di akhir bulan.

Kalau rajin pun, mungkin dapat kenaikkan gaji ikut tahun sahaja.

3) Masa fleksibel

Masa akan lebih fleksibel, di mana anda sendiri yang menentukan jadual kerja anda.

Bila nak jumpa client..
Masa nak submit dokumen..etc

Boleh banyak masa bersama keluarga, tapi dalam masa yang sama perlu lah pandai uruskan masa,

Anda perlu bijak menguruskan masa sendiri. Ibaratnya, anda adalah bos. Anda juga adalah pekerja. Tiada siapa akan mengarahkan anda untuk buat kerja dan yang paling penting perlu tentukan target.

4) Risiko rendah

Modal yang paling ketara adalah yuran ejen sahaja. Yang lain tu mungkin untuk membantu pemasaran. Contohnya modal buat blog atau website. Atau pemasaran melalui media sosial seperti Fb ads

Modal kehidupan harian juga perlu difikirkan sebab bukan lah hari ini berjaya jual rumah, hari ini juga anda dapat komisyen. Selalunya jika closed sale hari ini, komisyen akan dapat………

Dan dari pengalaman saya, belum lagi yang tak cukup makan sebab jadi ejen hartanah.

Terlebih makan ada..

Kalau nak buat bisness sendiri, perlu modal yang besar. Tersalah strategi boleh kemurungan dibuatnya.

5) Bidang yang cerah

Kalau anda perhatikan ada sesetengah bisness, sesuai pada waktu itu sahaja. Tidak berpanjangan .

Untuk bidang ini, bagi saya selagi ada manusia. Selagi itulah ada permintaan untuk rumah. Sebab rumah adalah keperluan. Walaupun mahal mesti nak beli sekurangnya satu.

Jika ada masalah ekonomi atau COVID sekalipun, permintaan jual dan beli rumah masih berterusan.

6) Permudahkan urusan

Asyik cerita manfaat diri sendiri sahaja. Hehe.

Ini dari segi aspek kemanusiaan pula.

Sebagai ejen hartanah, kita perlu sentiasa mengingati diri. Pekerjaan ini sebenar memberi kesan yang besar pada client. Kita perlulah jujur dan komitmen dalam membantu klien.

Bila kita bantu mereka, bermaksud kita memudahkan urusan seseorang

Dalam Islam sendiri pun, memudahkan urusan seseorang adalah tugas yang mulia.

Sambil mencari keuntungan, marilah kita mencari berkat juga.

7) Mendapat kenalan

Ini adalah salah satu sebab mengapa anda perlu menjadi ejen hartanah. Tanpa disedari anda akan mempunyai pelbagai kenalan dari pelbagai genre perniagaan, Pendidikan dan usia.

Sebab untuk menjadi ejen anda akan dilatih atau tanpa disedari akan pandai berkomunikasi dengan pelbagai ragam klien.

Mendapat kenalan juga penting sebab dari hubungan ini juga tanpa disedari kita akan dapat klien baru hasil rekomen dari klien lama kita.

Ada juga ejen hartanah yang sebelum ini menjadi suri rumah. Nak jadi ejen sebab bosan tiada kawan sekerja dan etc. Dengan kerjaya ini mereka boleh mempunyai masa yang fleksible. Mereka dapat mengurus masa sendiri antara keluarga dan kerjaya.

Masa bersama keluarga pun ada, duit dapat, dapat kenalan

Kan lebih Bahagia dibuatnya…

Memang banyak manfaat dan kelebihan menjadi ejen hartanah ini.

“Semoga bermanfaat”

Rujukan

1. https://www.briantracy.com/blog/financial-success/who-are-the-millionaires-2/

Disclaimer: Ejen hartanah di dalam artikel ini sebenarnya adalah merujuk kepada perunding hartanah.

Ringkasan Kelebihan Jadi Agen Hartanah

Komisyen tinggi

Masa Flexible

Jaringan Networking

Posted on Leave a comment

Kerjaya sebagai ejen Hartanah

Ketahui cara untuk jadi ejen hartanah, laluan kerjaya dan cabaran jadi ejen hartanah

Kalau ditanya anak-anak kecil apa cita-cita mereka bila dah besar, pasti jawapan klise yang diberi mereka antaranya nak jadi doktor, polis, guru dan sebagainya. Tapi jangan pelik ya, kini sudah ada yang mengenali kerjaya sebagai perunding hartanah. Mungkin mereka mengetahuinya kerana bapa mereka seorang ejen hartanah atau melalui kenalan keluarga saudara-mara yang bekerja dalam bidang ini atau mereka mengetahuinya apabila melihat proses jual beli rumah itu di depan mata.

Mungkin terdetik di hati mereka, “Nak kerja jual rumah lah”

“Nampak, masih boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan”

Baiklah, berbalik kepada artikel ini, adakah anda sedang mencari maklumat tentang laluan kerjaya menjadi seorang agen hartanah? Ataupun, anda sendiri yang berminat atau anak anda atau jiran anda atau sesiapapun sahaja, dipersilakan baca artikel ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai kerjaya sebagai seorang agen hartanah.

Kerjaya ini tidaklah begitu popular dalam kalangan senarai kerjaya idaman tetapi kalau kena gaya, ia boleh memberi kepuasan karier bagi yang meminati bidang hartanah ini. Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri melalui pemerhatian dan pengamatan terhadap perkara-perkara yang berlaku sepanjang saya menjadi agen hartanah ini, Ia ditambah dengan bacaan dan rujukan yang berkaitan bidang ini.

Jom baca!

Pengenalan

Perunding hartanah atau juga yang dikenali oleh masyarakat sebagai agen hartanah merupakan profesion pekerjaan yang melibatkan urus niaga jual dan beli hartanah seperti kawasan kediaman, rumah, aset bangunan dan tanah.

Senang cerita, anda adalah orang tengah yang menguruskan urusan jual beli antara pengguna yang ingin menjual atau membeli hartanah, dengan pihak pemaju dan bank yang memberikan pinjaman untuk melayakkan anda berjaya dengan urusan jual beli tersebut.

Menurut laporan US News pada tahun 2020, kerjaya sebagai agen hartanah berada di ranking #4 dalam skop kerjaya bidang jualan dan pemasaran. Ranking ini disusun mengikut aspek seperti seperti:

1. Tahap gaji yang diterima;
2. Peluang pekerjaan di pasaran;
3. Perkembangan kerjaya di masa akan dating;
4. Tekanan tempat kerja;
5. Faktor keseimbangan antara kerjaya dengan kehidupan seharian.
Definisi Agen Hartanah Perunding Hartanah

Apa Itu Agen Hartanah?

Seorang agen hartanah ialah individu yang telah mengikuti kursus perundingan hartanah dan/atau mempunyai kelayakan akademik dalam bidang hartanah. Antara jenis kelulusan akademik yang berkaitan dengan bidang ini adalah seperti:

• Sijil
• Diploma
• Ijazah

Antara universiti awam yang menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Penurusan Hartanah atau Bachelor in Real Estate Management ialah:

• Universiti Malaya (UM)
• Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
• Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
• Universiti Teknologi Mara (UiTM – cawangan Seri Iskandar, Perak)

Pelajar perlu menjalani latihan industri atau praktikal selama 2 tahun sebelum bergraduasi. Sekiranya mereka serius dalam bidang ini dan ingin membuka agensi hartanah sendiri, mereka perlu lulus temu duga yang diadakan oleh Lembaga Penilai Pentaksir dan Agen Hartanah selain menghadiri kursus perundingan hartanah.

Sila pastikan dapat kelulusan dulu ya barulah boleh anda gelar diri anda sebagai seorang agen hartanah!

Apa Itu Perunding Hartanah?

Sementara itu, perunding hartanah merupakan staf bawahan yang dilantik oleh agen hartanah untuk melakukan transaksi atau membantu urusan jual beli hartanah.

Sekiranya sesebuah urusan jual beli hartanah tersebut berjaya dilakukan, komisyen yang diterima adalah berdasarkan terma dan persetujuan yang telah ditetapkan lebih awal antara perunding hartanah dengan agen hartanah yang menjadi agensi mereka.

Dari segi teknikal, perunding hartanah ialah subset kepada agen hartanah. Maksudnya, agen hartanah boleh jadi perunding hartanah, tapi, perunding hartanah tidak boleh jadi agen hartanah.

Tetapi lagi sekali, kita di Malaysia ni macam biasalah kan, kalau di kedai mamak tu semua orang jadi bos, jadi untuk bidang hartanah ni, orang ramai jarang yang tahu perbezaan antara kedua-dua agen hartanah vs perunding hartanah. Pukul rata, semua dipanggil agen hartanah.

Pun boleh lah kan asalkan urusan jual beli anda berjaya disempurnakan dengan baik dan dilakukan mengikut tatacara dan prosedur perundangan yang betul.

Syarat dan Kelayakan:

Kena masuk kolej ke untuk dapatkan kelayakan?

Tiada syarat pendidikan minimum untuk menjadi seorang perunding hartanah, tapi kenalah pandai mengira, membaca dan menulis; itu sudah tentu jatuh hukum wajib.

Untuk memudahkan urusan, anda perlu mempunyai kenderaan sendiri supaya senang anda bergerak untuk mencari klien dan pemilik hartanah.

Kerjaya ini sebenarnya boleh diceburi oleh sesiapa sahaja asalkan anda mahir berkomunikasi dan gigih berusaha tidak mudah berputus asa.

Cara Menjadi Agen Hartanah Perunding Hartanah:

Ada kursus atau program latihan ke?

Sesiapa sahaja yang mempunyai minat atau betul-betul serius ingin libatkan diri sebagai agen hartanah, dialu-alukan untuk menceburi kerjaya ini.

Tapi, mestilah ada syaratnya, orang bawa kereta pun kena ada lesen, doktor perubatan pun kena berdaftar, sama juga macam kalau nak jadi agen hartanah atau perunding hartanah ni.

Sebelum anda boleh memulakan hari anda sebagai agen hartanah, anda WAJIB menyertai mana-mana kursus perundingan hartanah selama 2 hari yang dperakui oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Agen Hartanah. Lembaga ini telah menetapkan bahawa semua perunding dan agen hartanah perlu mendaftar di bawahnya. Tak daftar, tak boleh!

Sepanjang kursus 2 hari tersebut, banyak pengisian yang boleh membantu kita untuk menjadi agen hartanah yang lebih power and successfull antaranya:

• Topik pengenalan hartanah di Malaysia dan pasaran hartanah
• Industri hartanah
• Standard atau piawai agensi hartanah di Malaysia
• Skop kerja agen hartanah
• Kemahiran komunikasi untuk membantu rundingan yang berjaya
• Asas perundangan untuk lebih memahami aspek guaman
• Penggunaan teknologi dalam bidang hartanah

Sijil akan diberikan selepas anda tamat berkursus.

Persiapan Menjadi Agen Hartanah: Apa yang perlu dibuat?

Seterusnya, saya akan ceritakan serba ringkas, kronologi atau langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk bergelar seorang agen hartanah di Malaysia.

1. Hadir ke kursus perundingan hartanah yang diterangkan sebelum ini. Yuran yang dikenakan ialah RM600.
2. Tamat kursus, bawa salinan sijil anda dan cari agensi hartanah yang sah untuk anda sertai sebagai agen. Kebiasannya, agensi akan mengenakan yuran pendaftaran sebanyak RM100-500 bergantung kepada agensi tersebut.
3. Kemudian, pastikan anda sudah mempunyai kelengkapan seperti laptop, telefon pintar, kad bisnes, pita ukur, banner dan sebagainya untuk memudahkan kerja-kerja anda sebagai agen hartanah.
4. Dah bersedia dengan semua kelengkapan dan maklumat berkaitan? Inilah masanya anda meluaskan pemasaran anda untuk orang kenali anda sebagai agen hartanah.

Tips Pemasaran Agen Hartanah: Macam mana nak cari klien?

1. Iklankan diri anda di platform jualan.

Antaranya seperti Shopee, Mudah, Lazada dan sebagainya. Zaman sekarangkan memang ramai yang suka shopping online? Semua benda akan dicari secara online.

2. Kukuhkan imej di media sosial.

Manfaatkan Twitter, Facebook, Instagram, Tiktok dan sebagainya untuk memasarkan diri anda. Mungkin anda tak perlu secara direct bagitahu yang anda ialah agen hartanah; mungkin anda boleh cipta kandungan media sosial yang menarik untuk dikenali dan mengumpul bilangan pengikut yang ramai.

Dari situ, orang ramai akan mula ingin tahu atau menyelidiki latar belakang anda sebagai agen hartanah.

3. Pengiklanan digital.

Zaman sekarang memang zaman media sosial. Iklan di surat khabar, radio dan majalah rasanya macam dah kurang relevan. Anda boleh gunakan khidmat social media influencer yang kita panggil tweetfamous, instafamous, youtuber, tiktokfamous dan sebagainya ini untuk review servis anda.

Caj pengiklanan mereka ini jauh lebih murah kalau nak dibandingkan dengan pengiklanan di TV atau radio.

Pendapatan Agen Hartanah: Boleh kaya ke kerja agen hartanah ni?

Siapa yang nak kerja dengan gaji rendah? Semua orang mahukan pekerjaan yang stabil, gaji yang lumayan dan beban kerja yang tidak begitu menyusahkan. Tak hairanlah ramai yang nak sangat masuk kerja kerajaan, bukan ke? Senang nak buat loan bank katanya…

Jangan risau, bak kata pepatah moden, rezeki tak pernah salah alamat, ulat dalam batu pun boleh hidup, saya senaraikan di sini bagaimana anda boleh buat duit dengan kerjaya sebagai agen hartanah ini,

1. Dapat komisyen melalui hasil jualan atau sewaan hartanah

Bak kata orang putih, we cut to the chase je lah, kerjaya agen hartanah ini bukanlah macam kerani atau pekerja kerajaan yang cukup jam, hujung bulan gaji masuk.
Agen hartanah makan gaji dengan komisyen jualan yang berjaya dikendalikan. Komisyennya ialah lebih kurang dalam 3% daripada harga unit rumah.

Komisyen ini merupakan standard bagi harga dan kadar pasaran di negara kita. Contoh pengiraan mudah, kalau anda berjaya menjual rumah yang berharga RM1 juta, anda akan mendapat komisyen sebanyak RM30k.

Daripada nilai komisyen sebanyak RM30k ini, anda akan berkongsi dengan agensi yang anda naungi. Perkongsian ini pula bergantung kepada perjanjian anda dengan agensi anda. Contohnya anda bersetuju 50:50 dengan hasil komisyen, anda akan mendapat RM15k sebagai komisyen bersih.

Tapi, ikut pengalaman saya, kebanyakan agensi membahagikan 80% untuk agen dan baki 20% untuk agensi.

Itulah ‘gaji’ anda. Bayangkan jika dalam sebulan, anda berjaya menjual 3 unit buah dengan harga serupa, anda boleh meraih pendapatan RM45k untuk bulan itu.

Masyuk sungguh tu! Nilai komisyen ini akan makin bertambah jika anda rajin mencari pembeli dan bersungguh-sungguh menyiapkan urusan jual beli tersebut dengan sempurna.

Lebih-lebih lagi bagi jualan rumah di kawasan bandar seperti di Lembah Klang yang mempunyai banyak lot jualan dan harganya pula ratusan ribu hingga jutaan ringgit bagi setiap unit.

2. Bayaran daripada yuran guaman

Selain komisyen jualan rumah yang berjaya, anda turut memperolehi wang poket tambahan melalui bayaran daripada yuran guaman melalui peguam yang anda rekemenkan.

Secara asasnya, urusan jual beli rumah memerlukan campur tangan peguam supaya urusan tersebut melalui sistem perundangan yang telus dan melindungi hak kedua-dua pembeli dan penjual.

Sebagai agen hartanah, anda boleh rekemenkan seorang peguam untuk memastikan kelancaran urusan. Daripada kos guaman yang dikenakan, peguam tersebut akan memperuntukkan sejumlah wang sebagai saguhati kepada anda yang telah rekemenkan khidmat mereka sebagai peguam dalam urusan jual beli tersebut.

Nilainya tidaklah sekencang jumlah komisyen 3% jualan rumah tadi, tetapi rezeki jangan ditolak. Ada yang boleh mencecah ratusan ringgit untuk satu urus niaga yang berjaya.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, RM100 pun sangat bernilai lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkeluarga.

Skop Kerjaya dan Bidang Tugas Agen Hartanah:
Agen hartanah ni kerjanya macam mana?

Dalam urusan jual beli hartanah, dua sasaran pengguna yang perlu dikuasai oleh seseorang yang bergelar agen hartanah ialah pemilik hartanah DAN pembeli hartanah.

Berikut ialah skop tugas dengan pemilik hartanah, yang boleh diringkaskan dengan akronim NIAMS:

Networking: Bina jaringan dengan pemilik hartanah atau pihak pemaju
Inspection: Membuat pemeriksaan ke atas hartanah
Advice: Memberi khidmat nasihat kepada pihak berkenaan
Marketing: Membuat pemasaran untuk mencari pembeli yang berpotensi
Secure: Melindungi dan memastikan hak tuan hartanah

Skop tugas dengan bakal pembeli hartanah pula seperti berikut yang membentuk akronim ARVNIS:

Approach: Mendekati bakal pembeli dan membina jaringan perhubungan
Review: Semakan kelayakan pembeli untuk melakukan urus niaga beli hartanah
Visiting: Membawa pembeli ke lokasi hartanah
Negotiate: Berunding dengan pembeli
Intermediate: Bertindak sebagai orang tengah untuk mendapatkan khidmat peguam dan urusan pinjaman bank yang lebih lancar
Secure: Melindungi dan memastikan hak pembeli

Kelebihan dan Cabaran Menjadi Agen Hartanah: Suka dan duka silih berganti dalam hidupku seorang agen hartanah

Sudah jadi adat resam alam, macam kata pepatah bahasa Inggeris, “You get some, you lose some,” nak jadi agen hartanah, anda kena bersedia dengan segala kemungkinan pasang surut dunia pekerjaan.

Ini ialah kelebihan menjadi seorang agen hartanah:

1. Mengubah hidup

It’s a life changing experience! Kita akan terlibat dengan keputusan seseorang yang ingin membeli rumah. Jangan pandang ringan urusan jual beli rumah! Selain cari pasangan hidup, nak beli rumah pun kena fikir macam-macam faktor! Memang perlu sungguh-sungguh antara hidup dan mati.

2. Tiada tekanan dari bos majikan

You are your own boss! Jika mereka yang makan gaji, kerja pejabat sering tertekan dengan hidup mereka didesak berbagai-bagai permintaan aneh bos, anda tak perlu berhadapan dengan ini semua!

Anda sendiri yang menentukan masa depan anda. Jika anda rajin, maka kencang lah pendapatan anda, jika malas lemau mencari klien, lemau lah poket anda.

3. Pendapatan lumayan

It’s all about the money, money! Dengan pengiraan 3% nilai komisyen bagi setiap unit hartanah yang berjaya dijual, anda boleh merancang pendapatan anda dengan baik untuk meraih kedudukan kewangan yang stabil.

4. Masa kerja yang fleksibel

Time is gold! Ini mungkin dicemburui oleh rakan-rakan anda yang makan gaji waktu pejabat. Anda mempunyai waktu kerja yang fleksibel dan tak terikat untuk punch in punch out pada setiap hari.

Oleh itu, anda akan mempunyai lebih masa untuk diluangkan bersama keluarga atau untuk melakukan aktiviti hiburan anda seperti bersenam, menonton wayang (tiket wayang hari Rabu belah siang hari lebih murah, kan?), karaoke, makan-makan dan sebagainya.

5. Modal rendah untuk memulakan kerjaya

Why spend more when you can save more? Kos permulaan untuk menyediakan agensi atau bekerja sebagai agen hartanah tidak memerlukan kelengkapan atau peralatan yang canggih dan mahal.

Cukup sekadar ruang pejabat untuk mudah pelanggan mencari anda. Malah, ada pelanggan yang gemar jumpa anda di kedai makan atau premis mereka untuk kesenangan mereka.

6. Cerah masa depan

Sustainability is key! Bidang hartanah ialah bidang yang sentiasa mendapat permintaan. Setiap orang memerlukan rumah sebagai tempat perlindungan, kediaman atau dijadikan aset. Semakin mereka menginjak dewasa, semakin bertambah keperluan mereka untuk membeli rumah sendiri.

Oleh sebab itu, dikatakan bahawa bidang hartanah ialah bidang yang evergreen, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, sentiasa mendapat permintaan sepanjang zaman.

Cabaran Menjadi Agen Hartanah

Langit tak selalunya cerah. Berikut disenaraikan cabaran-cabaran yang bakal dan sedang dihadapi oleh seorang agen hartanah:

• Pembeli tidak meneruskan pembelian atas sebab peribadi
• Pihak bank tidak meluluskan permohonan pinjaman pembeli
• Ada agen lain caras/sailang klien kita
• Harga rumah tiba-tiba dinaikkan pemilik
• Pemilik rumah membatalkan niat menjual rumah kepada pembeli
• Moral jatuh jika tiada transaksi jualan dalam tempoh beberapa bulan kerana pendapatan adalah berdasarkan komisyen jualan

Pantang Larang Menjadi Agen Hartanah: Do’s and Don’t’s

Minat sahaja tidak mencukupi untuk terus berjaya dalam bidang ini. Oleh itu, saya kongsikan beberapa perkara yang menyebabkan kegagalan menjadi agen hartanah yang cemerlang, semoga menjadi tips berguna:

• Tidak fokus: Menjadikan kerjaya ini sebagai kerja sampingan
• Bodoh sombong: Tidak mahu mendengar nasihat senior
• Tidak berdisiplin: Selalu buat klien tertunggu-tunggu
• Terburu-buru: Gopoh dalam melakukan urusan sehingga banyak perkara penting boleh tercicir seperti dokumen yang tidak lengkap, maklumat hartanah yang tidak tepat dan sebagainya
• Putus asa: Hangat-hangat tahi ayam atau tidak bangkit apabila mula diuji dengan karenah urusan dokumentasi dan klien yang macam-macam ragam.

Pesanan Buat Bakal Agen Hartanah: Nasihat daripada senior

Sebelum mengakhiri artikel ini, suka saya himpunkan beberapa titipan nasihat yang saya dapat daripada senior saya dan juga daripada pengalaman saya sepanjang menjadi agen hartanah.

Pertama sekali, set dan tetapkan niat kita nak bekerja ini kerana Allah, nak bantu keluarga, agama dan bangsa kita. In Sya Allah, jalan kita akan dipermudahkan. Kalau tiba-tiba berhadapan dengan halangan, kita takkan mudah putus asa.

Selain itu, amalkan bersedekah terutamanya setiap kali kalau anda berjaya menjual rumah dan mendapat komisyen. Molek lah kalau anda peruntukkan dalam 5% daripada hasil komisyen tersebut untuk disedekahkan di tabung masjid, belanja barang dapur ibu bapa, bawa anak isteri pergi makan sedap-sedap, hulurkan sumbangan di tabung bencana, komuniti kejiranan dan sebagainya.

Semakin banyak kita bersedekah, semakin luas pintu rezeki kita nanti.

Sebagai agen hartanah juga, kita kena sentiasa lengkapkan diri kita dengan ilmu terutamanya dalam bidang hartanah. Sentiasa peka dengan perkembangan semasa kerana polisi hartanah akan sentiasa berubah seiring dengan perubahan pemerintahan kerajaan.

Di samping itu, tak salah kalau kita terus menambah ilmu pengetahuan dengan menyertai kursus atau program latihan tambahan. Antaranya kelas pemasaran, kem bina diri, kelas bahasa dan kelas komunikasi.

Hal ini sangat bagus untuk menjadikan diri kita lebih berkeyakinan dan berketerampilan. Barulah klien pun yakin dengan kita!

Kesimpulan

Menjadi agen hartanah bukanlah sekadar menjadi promoter menjual rumah, tetapi mengajar kita untuk mendidik rasa rendah diri dan melatih skill komunikasi yang lebih baik.

Profesion ini bukanlah sejenis kerjaya yang glamour atau popular, tetapi memadailah dengan usaha anda sebagai agen, boleh menjadi punca pendapatan yang lumayan, bak kata peribahasa mat Saleh, you reap what you sow.

“Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Semoga anda yang ingin membina kerjaya sebagai agen hartanah terus kental hati dan kepada rakan-rakan seperjuangan, semoga kita terus berjaya.

Untuk dapatkan khidmat jual beli hartanah, boleh hubungi saya melalui link di bawah.