Posted on Leave a comment

Jadi Ejen Hartanah

Ketahui cara untuk jadi agen hartanah, laluan kerjaya dan cabaran jadi agen hartanah

Kalau ditanya anak-anak kecil apa cita-cita mereka bila dah besar, pasti jawapan klise yang diberi mereka antaranya nak jadi doktor, polis, guru dan sebagainya.

Tapi jangan pelik ya, kini sudah  ada yang mengenali kerjaya sebagai perunding hartanah. Mungkin mereka mengetahuinya kerana bapa mereka seorang ejen hartanah atau  melalui kenalan keluarga saudara-mara yang bekerja dalam bidang ini atau mereka mengetahuinya apabila melihat proses jual beli rumah itu di depan mata.

Mungkin terdetik di hati mereka, “Nak kerja jual rumah lah”

“Nampak, masih boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan”

Baiklah, berbalik kepada artikel ini, adakah anda sedang mencari maklumat tentang laluan kerjaya menjadi seorang agen hartanah?

Ataupun, anda sendiri yang berminat atau anak anda atau jiran anda atau sesiapapun sahaja, dipersilakan baca artikel ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai kerjaya sebagai seorang agen hartanah.

Kerjaya ini tidaklah begitu popular dalam kalangan senarai kerjaya idaman tetapi kalau kena gaya, ia boleh memberi kepuasan karier bagi  yang meminati bidang hartanah ini.

Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri melalui pemerhatian dan pengamatan terhadap perkara-perkara yang berlaku sepanjang saya menjadi agen hartanah ini, Ia ditambah dengan bacaan dan rujukan yang berkaitan bidang ini.

Jom baca!

Pengenalan

Perunding hartanah atau juga yang dikenali oleh masyarakat sebagai agen hartanah merupakan profesion pekerjaan yang melibatkan urus niaga jual dan beli hartanah seperti kawasan kediaman, rumah, aset bangunan dan tanah.

Senang cerita, anda adalah orang tengah  yang menguruskan urusan jual beli antara pengguna yang ingin menjual atau membeli hartanah, dengan pihak pemaju dan bank yang memberikan pinjaman untuk melayakkan anda berjaya dengan urusan jual beli tersebut.

Menurut laporan US News pada tahun 2020, kerjaya sebagai agen hartanah berada di ranking #4 dalam skop kerjaya bidang jualan dan pemasaran. Ranking ini disusun mengikut aspek seperti seperti:

  1. Tahap gaji yang diterima;
  2. Peluang pekerjaan di pasaran;
  3. Perkembangan kerjaya di masa akan dating;
  4. Tekanan tempat kerja;
  5. Faktor keseimbangan antara kerjaya dengan kehidupan seharian.

Definisi Agen Hartanah Perunding Hartanah

Apa Itu Agen Hartanah?

Seorang agen hartanah ialah individu yang telah mengikuti kursus perundingan hartanah dan/atau mempunyai kelayakan akademik dalam bidang hartanah. Antara jenis kelulusan akademik yang berkaitan dengan bidang ini adalah seperti:

  • Sijil
  • Diploma
  • Ijazah

Antara universiti awam yang menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Penurusan Hartanah atau Bachelor in Real Estate Management ialah:

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM – cawangan Seri Iskandar, Perak)

Pelajar perlu menjalani latihan industri atau praktikal selama 2 tahun sebelum bergraduasi. Sekiranya mereka serius dalam bidang ini dan ingin membuka agensi hartanah sendiri, mereka perlu lulus temu duga yang diadakan oleh Lembaga Penilai Pentaksir dan Agen Hartanah selain menghadiri kursus perundingan hartanah.

Sila pastikan dapat kelulusan dulu ya barulah boleh anda gelar diri anda sebagai seorang agen hartanah!

Apa Itu Perunding Hartanah?

Sementara itu, perunding hartanah merupakan staf bawahan yang dilantik oleh agen hartanah untuk melakukan transaksi atau membantu urusan jual beli hartanah.

Sekiranya sesebuah urusan jual beli hartanah tersebut berjaya dilakukan, komisyen yang diterima adalah berdasarkan  terma dan persetujuan yang telah ditetapkan lebih awal antara perunding hartanah dengan agen hartanah yang menjadi agensi mereka.

Dari segi teknikal, perunding hartanah ialah subset kepada agen hartanah. Maksudnya, agen hartanah boleh jadi perunding hartanah, tapi, perunding hartanah tidak boleh jadi agen hartanah.

Tetapi lagi sekali, kita di Malaysia ni macam biasalah kan, kalau di kedai  mamak tu semua orang jadi bos, jadi untuk bidang hartanah ni, orang ramai jarang yang tahu perbezaan antara kedua-dua agen hartanah vs perunding hartanah. Pukul rata, semua dipanggil agen hartanah.

Pun boleh lah kan asalkan urusan jual beli anda berjaya disempurnakan dengan baik dan dilakukan mengikut tatacara dan prosedur perundangan yang betul.

Syarat dan Kelayakan:

Kena masuk kolej ke untuk dapatkan kelayakan?

Tiada syarat pendidikan minimum untuk menjadi seorang perunding hartanah, tapi kenalah pandai mengira, membaca dan menulis; itu sudah tentu jatuh hukum wajib.

Untuk memudahkan urusan, anda perlu mempunyai kenderaan sendiri supaya senang anda bergerak untuk mencari klien dan pemilik hartanah.

Kerjaya ini sebenarnya boleh diceburi oleh sesiapa sahaja asalkan anda mahir berkomunikasi dan gigih berusaha tidak mudah berputus asa.

Cara Menjadi Agen Hartanah Perunding Hartanah:

Ada kursus atau program latihan ke?

Sesiapa sahaja yang mempunyai minat atau betul-betul serius ingin libatkan diri sebagai agen hartanah, dialu-alukan untuk menceburi kerjaya ini.

Tapi, mestilah ada syaratnya, orang bawa kereta pun kena ada lesen, doktor perubatan pun kena berdaftar, sama juga macam kalau nak jadi agen hartanah atau perunding hartanah ni.

Sebelum anda boleh memulakan hari anda sebagai agen hartanah, anda WAJIB menyertai mana-mana kursus perundingan hartanah selama 2 hari yang dperakui oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Agen Hartanah. Lembaga ini telah menetapkan bahawa semua perunding dan agen hartanah perlu mendaftar di bawahnya. Tak daftar, tak boleh!

Sepanjang kursus 2 hari tersebut, banyak pengisian yang boleh membantu kita untuk menjadi agen hartanah yang lebih power and successfull antaranya:

  • Topik pengenalan hartanah di Malaysia dan pasaran hartanah
  • Industri hartanah
  • Standard atau piawai agensi hartanah di Malaysia
  • Skop kerja agen hartanah
  • Kemahiran komunikasi untuk membantu rundingan yang berjaya
  • Asas perundangan untuk lebih memahami aspek guaman
  • Penggunaan teknologi dalam bidang hartanah

Sijil akan diberikan selepas anda tamat berkursus.

Persiapan Menjadi Agen Hartanah:

Apa yang perlu dibuat?

Seterusnya, saya akan ceritakan serba ringkas, kronologi atau langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk bergelar seorang agen hartanah di Malaysia.

  1. Hadir ke kursus perundingan hartanah yang diterangkan sebelum ini. Yuran yang dikenakan ialah RM600.
  2. Tamat kursus, bawa salinan sijil anda dan cari agensi hartanah yang sah untuk anda sertai sebagai agen. Kebiasannya, agensi akan mengenakan yuran pendaftaran sebanyak RM100-500 bergantung kepada agensi tersebut.
  3. Kemudian, pastikan anda sudah mempunyai kelengkapan seperti laptop, telefon pintar, kad bisnes, pita ukur, banner dan sebagainya untuk memudahkan kerja-kerja anda sebagai agen hartanah.
  4. Dah bersedia dengan semua kelengkapan dan maklumat berkaitan? Inilah masanya anda meluaskan pemasaran anda untuk orang kenali anda sebagai agen hartanah.

Tips Pemasaran Agen Hartanah:

Macam mana nak cari klien?
  1. Iklankan diri anda di platform jualan.

Antaranya seperti Shopee, Mudah, Lazada dan sebagainya. Zaman sekarangkan memang ramai yang suka shopping online? Semua benda akan dicari secara online.

  1. Kukuhkan imej di media sosial.

Manfaatkan Twitter, Facebook, Instagram, Tiktok dan sebagainya untuk memasarkan diri anda. Mungkin anda tak perlu secara direct bagitahu yang anda ialah agen hartanah; mungkin anda boleh cipta kandungan media sosial yang menarik untuk dikenali dan mengumpul bilangan pengikut yang ramai.

Dari situ, orang ramai akan mula ingin tahu atau menyelidiki latar belakang anda sebagai agen hartanah.

  1. Pengiklanan digital.

Zaman sekarang memang zaman media sosial. Iklan di surat khabar, radio dan majalah rasanya macam dah kurang relevan. Anda boleh gunakan khidmat social media influencer yang kita panggil tweetfamous, instafamous, youtuber, tiktokfamous dan sebagainya ini untuk review servis anda.

Caj pengiklanan mereka ini jauh lebih murah kalau nak dibandingkan dengan pengiklanan di TV atau radio.

Pendapatan Agen Hartanah:

Boleh kaya ke kerja agen hartanah ni?

Siapa yang nak kerja dengan gaji rendah? Semua orang  mahukan pekerjaan yang stabil, gaji yang lumayan dan beban kerja yang tidak begitu menyusahkan. Tak hairanlah ramai yang nak sangat masuk kerja kerajaan, bukan ke? Senang nak buat loan bank katanya…

Jangan risau, bak kata pepatah moden, rezeki tak pernah salah alamat, ulat dalam batu pun boleh hidup, saya senaraikan di sini bagaimana anda boleh buat duit dengan kerjaya sebagai agen hartanah ini,

  1. Dapat komisyen melalui hasil jualan atau sewaan hartanah

Bak kata orang putih, we cut to the chase je lah, kerjaya agen hartanah ini bukanlah macam kerani atau pekerja kerajaan yang cukup jam, hujung bulan gaji masuk.

Agen hartanah makan gaji dengan komisyen jualan yang berjaya dikendalikan. Komisyennya ialah lebih kurang dalam 3% daripada harga unit rumah.

Komisyen ini merupakan standard bagi harga dan kadar pasaran di negara kita. Contoh pengiraan mudah, kalau anda berjaya menjual rumah yang berharga RM1 juta, anda akan mendapat komisyen sebanyak RM30k.

Daripada nilai komisyen sebanyak RM30k ini, anda akan berkongsi dengan agensi yang anda naungi. Perkongsian ini pula bergantung kepada perjanjian anda dengan agensi anda. Contohnya anda bersetuju 50:50 dengan hasil komisyen, anda akan mendapat RM15k sebagai komisyen bersih.

Tapi, ikut pengalaman saya, kebanyakan agensi membahagikan 80% untuk agen dan baki 20% untuk agensi.

Itulah ‘gaji’ anda. Bayangkan jika dalam sebulan, anda berjaya menjual 3 unit buah dengan harga serupa, anda boleh meraih pendapatan RM45k untuk bulan itu.

Masyuk sungguh tu! Nilai komisyen ini akan makin bertambah jika anda rajin mencari pembeli dan bersungguh-sungguh menyiapkan urusan jual beli tersebut dengan sempurna.

Lebih-lebih lagi bagi jualan rumah di kawasan bandar seperti di Lembah Klang yang mempunyai banyak lot jualan dan harganya pula ratusan ribu hingga jutaan ringgit bagi setiap unit.

  1. Bayaran daripada yuran guaman

Selain komisyen jualan rumah yang berjaya, anda turut memperolehi wang poket tambahan melalui bayaran daripada yuran guaman melalui peguam yang anda rekemenkan.

Secara asasnya, urusan jual beli rumah memerlukan campur tangan peguam supaya urusan tersebut melalui sistem perundangan yang telus dan melindungi hak kedua-dua pembeli dan penjual.

Sebagai agen hartanah, anda boleh rekemenkan seorang peguam untuk memastikan kelancaran urusan. Daripada kos guaman yang dikenakan, peguam tersebut akan memperuntukkan sejumlah wang sebagai saguhati kepada anda yang telah rekemenkan khidmat mereka sebagai peguam dalam urusan jual beli tersebut.

Nilainya tidaklah sekencang jumlah komisyen 3% jualan rumah tadi, tetapi rezeki jangan ditolak. Ada yang boleh mencecah ratusan ringgit untuk satu urus niaga yang berjaya.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, RM100 pun sangat bernilai lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkeluarga.

Posted on Leave a comment

Kerjaya sebagai Ejen Hartanah

Tiada syarat pendidikan minimum untuk menjadi seorang perunding hartanah, tapi kenalah pandai mengira, perlu tahu asas menggunakan komputer, membaca dan menulis; itu sudah tentu jatuh hukum wajib.

Untuk memudahkan urusan, anda perlu mempunyai kenderaan sendiri supaya senang anda bergerak untuk mencari klien dan pemilik hartanah.

Kerjaya ini sebenarnya boleh diceburi oleh sesiapa sahaja dan tiada ujian kelayakan asalkan anda mahir berkomunikasi dan gigih berusaha tidak mudah berputus asa.

Cara Menjadi Agen Hartanah Perunding Hartanah:

Ada kursus atau program latihan ke?

Sesiapa sahaja yang mempunyai minat atau betul-betul serius ingin libatkan diri sebagai agen hartanah, dialu-alukan untuk menceburi kerjaya ini.

Tapi, mestilah ada syaratnya, orang bawa kereta pun kena ada lesen, doktor perubatan pun kena berdaftar, sama juga macam kalau nak jadi agen hartanah atau perunding hartanah ni.

Sebelum anda boleh memulakan hari anda sebagai agen hartanah, anda WAJIB menyertai mana-mana kursus perundingan hartanah selama 2 hari yang dperakui oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Agen Hartanah. Lembaga ini telah menetapkan bahawa semua perunding dan agen hartanah perlu mendaftar di bawahnya. Tak daftar, tak boleh!

Sepanjang kursus 2 hari tersebut, banyak pengisian yang boleh membantu kita untuk menjadi agen hartanah yang lebih power and successfull antaranya:

  • Topik pengenalan hartanah di Malaysia dan pasaran hartanah
  • Industri hartanah
  • Standard atau piawai agensi hartanah di Malaysia
  • Skop kerja agen hartanah
  • Kemahiran komunikasi untuk membantu rundingan yang berjaya
  • Asas perundangan untuk lebih memahami aspek guaman
  • Penggunaan teknologi dalam bidang hartanah

Sijil akan diberikan selepas anda tamat berkursus.

Persiapan Menjadi Agen Hartanah:

Apa yang perlu dibuat?

Seterusnya, saya akan ceritakan serba ringkas, kronologi atau langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk bergelar seorang agen hartanah di Malaysia.

  1. Hadir ke kursus perundingan hartanah yang diterangkan sebelum ini. Yuran yang dikenakan ialah RM600.
  2. Tamat kursus, bawa salinan sijil anda dan cari agensi hartanah yang sah untuk anda sertai sebagai agen. Kebiasannya, agensi akan mengenakan yuran pendaftaran sebanyak RM100-500 bergantung kepada agensi tersebut.
  3. Kemudian, pastikan anda sudah mempunyai kelengkapan seperti laptop, telefon pintar, kad bisnes, pita ukur, banner dan sebagainya untuk memudahkan kerja-kerja anda sebagai agen hartanah.
  4. Dah bersedia dengan semua kelengkapan dan maklumat berkaitan? Inilah masanya anda meluaskan pemasaran anda untuk orang kenali anda sebagai agen hartanah.

Tips Pemasaran Agen Hartanah:

Macam mana nak cari klien?
  1. Iklankan diri anda di platform jualan.

Antaranya seperti Mudah, Majalah, Iproperty dan sebagainya. Zaman sekarangkan memang ramai yang suka shopping online? Semua benda akan dicari secara online.

  1. Kukuhkan imej di media sosial.

Manfaatkan Twitter, Facebook, Instagram, Tiktok dan sebagainya untuk memasarkan diri anda. Mungkin anda tak perlu secara direct bagitahu yang anda ialah agen hartanah; mungkin anda boleh cipta kandungan media sosial yang menarik untuk dikenali dan mengumpul bilangan pengikut yang ramai.

Dari situ, orang ramai akan mula ingin tahu atau menyelidiki latar belakang anda sebagai agen hartanah.

  1. Pengiklanan digital.

Zaman sekarang memang zaman media sosial. Iklan di surat khabar, radio dan majalah rasanya macam dah kurang relevan. Anda boleh gunakan khidmat social media influencer yang kita panggil tweetfamous, instafamous, youtuber, tiktokfamous dan sebagainya ini untuk review servis anda.

Caj pengiklanan mereka ini jauh lebih murah kalau nak dibandingkan dengan pengiklanan di TV atau radio.

Pendapatan Agen Hartanah:

Boleh kaya ke kerja agen hartanah ni?

Siapa yang nak kerja dengan gaji rendah? Semua orang  mahukan pekerjaan yang stabil, gaji yang lumayan dan beban kerja yang tidak begitu menyusahkan. Tak hairanlah ramai yang nak sangat masuk kerja kerajaan, bukan ke? Senang nak buat loan bank katanya…

Jangan risau, bak kata pepatah moden, rezeki tak pernah salah alamat, ulat dalam batu pun boleh hidup, saya senaraikan di sini bagaimana anda boleh buat duit dengan kerjaya sebagai agen hartanah ini,

  1. Dapat komisyen melalui hasil jualan atau sewaan hartanah

Bak kata orang putih, we cut to the chase je lah, kerjaya agen hartanah ini bukanlah macam kerani atau pekerja kerajaan yang cukup jam, hujung bulan gaji masuk.

Agen hartanah makan gaji dengan komisyen jualan yang berjaya dikendalikan. Komisyennya ialah lebih kurang dalam 3% daripada harga unit rumah.

Komisyen ini merupakan standard bagi harga dan kadar pasaran di negara kita. Contoh pengiraan mudah, kalau anda berjaya menjual rumah yang berharga RM1 juta, anda akan mendapat komisyen sebanyak RM30k.

Daripada nilai komisyen sebanyak RM30k ini, anda akan berkongsi dengan agensi yang anda naungi. Perkongsian ini pula bergantung kepada perjanjian anda dengan agensi anda. Contohnya anda bersetuju 50:50 dengan hasil komisyen, anda akan mendapat RM15k sebagai komisyen bersih.

Tapi, ikut pengalaman saya, kebanyakan agensi membahagikan 60% untuk agen baru dan pratus komesin ini akan naik dari masa ke semasa.

Itulah ‘gaji’ anda. Bayangkan jika dalam sebulan, anda berjaya menjual 3 unit buah dengan harga serupa, anda boleh meraih pendapatan RM54k untuk bulan itu.

Masyuk sungguh tu! Nilai komisyen ini akan makin bertambah jika anda rajin mencari pembeli dan bersungguh-sungguh menyiapkan urusan jual beli tersebut dengan sempurna.

Lebih-lebih lagi bagi jualan rumah di kawasan bandar seperti di Lembah Klang yang mempunyai banyak lot jualan dan harganya pula ratusan ribu hingga jutaan ringgit bagi setiap unit.

  1. Bayaran daripada yuran guaman

Selain komisyen jualan rumah yang berjaya, anda turut memperolehi wang poket tambahan melalui bayaran daripada yuran guaman melalui peguam yang anda rekemenkan.

Secara asasnya, urusan jual beli rumah memerlukan campur tangan peguam supaya urusan tersebut melalui sistem perundangan yang telus dan melindungi hak kedua-dua pembeli dan penjual.

Sebagai agen hartanah, anda boleh rekemenkan seorang peguam untuk memastikan kelancaran urusan. Daripada kos guaman yang dikenakan, peguam tersebut akan memperuntukkan sejumlah wang sebagai saguhati kepada anda yang telah rekemenkan khidmat mereka sebagai peguam dalam urusan jual beli tersebut.

Nilainya tidaklah sekencang jumlah komisyen 3% jualan rumah tadi, tetapi rezeki jangan ditolak. Ada yang boleh mencecah ratusan ringgit untuk satu urus niaga yang berjaya.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, RM100 pun sangat bernilai lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkeluarga.

Posted on Leave a comment

Tips jadi ejen hartanah yang berjaya dalam masa setahun sahaja

Tahun pertama menjadi ejen hartanah ialah tahun yang paling mencabar. Tak kira apa latar belakang anda. Atau Pendidikan.  itu bukan lah satu punca utama kejayaan untuk menjadi ejen hartanah Ada yang berpendidikan tinggi, tapi ada juga yang hanya lepasan spm boleh menjadi top ejen hartanah. Ada dulunya engineer, ada yang cikgu…ada juga sebagai suri rumah. Apa pun latar belakang anda, yang pentingnya semangat untuk berusaha. Dari pengalaman saya, sekiranya seseorang agen itu survive atau berjaya dalam masa setahun. Untuk  lebih berjaya pada tahun hadapan amat lah cerah.

Jadi tahun pertama sebagai ejen hartanah amat lah penting!!!

Ikuti tips ini

  • Ikut mentor
  • Konsisten
  • Pasang strategi
Ikut mentor

Perkara yang paling mudah dan cepat untuk berjaya ialah IKUT MENTOR.  Tips memilih mentor untuk ejen hartanah. Sebab apa?

Sebab kita sendiri yang pilih mentor atas dasar “Kepercayaan”

Pastinya pemilihan kita disebabkan mentor kita berpengalaman sebagai ejen dalam bidang hartanah. Atau mentor kita menunjukkan ciri-ciri sebagai ejen hartanah yang berjaya. Dan mungkin kita selesa dengan cara berkomunikasi mentor.

Jadi kita perlu letakkan kepercayaan dengan mengikuti tips atau segala panduan mentor kita beri. Tiru cara kerja atau ambik pengajaran daripada pengalaman mentor. Mereka akan mengajar anda cara bercakap dengan client, nak handle pelbagai ragam dan karenah client.

cara buat sales dan pelbagai lagi

Saya juga ikut mentor pada permulaan, sekarang saya pula yang melatih ejen-ejen baru.  Saya juga melatih ejen saya seperti apa yang mentor saya ajar.

Resepi turun menurun!!!

Konsisten

Konsisten adalah antara key point kejayaan utama. Usaha perlu berterusan. Tak boleh lah sekejap bersemangat, sekejap putus harapan.

  • Ada hari yang tetiba klien cancel nak jual rumah
  • Ada hari yang projek anda kena sailing
  • Ada hari dari pagi sampai ke petang ada appointment dgn client, anda pula tetibe rasa tak cukup rehat
  • Ada yang perlu uruskan jual beli hartanah yang rumit.

Walaupun apa hari yang mendatang teruskan langkang, jangan sesekali berputus asa dan berpatah balik.

Saya selalu ingatkan ejen bawah saya time mereka tengah down “ Mengapa dulu buat keputusan jadi ejen hartanah”. Mengapa tak jadi ejen yang lain. PERLU INGAT, dan teruskan melangkah. Lagipun bila dikenang balik saya atau ejen hartanah yang lain, I. allah cukup untuk pendapatan asas.  Cumanya sales banyak atau kurang sahaja.

Atau erti kata lain lumayan ataupun tidak Itupun sebenarnya bergantung pada usaha juga. Yang penting kene terus konsisten usaha, mencari ilmu apa sahaja yang berkaitan dengan hartanah

Ilmu pemasaran

Ilmu nak bercakap dengan klien pun, bukan satu yang mudah dan yang paling penting belajar dari kesilapan. Pasti ada silap Langkah, pasti ada yang silap percaturan. Dan yang paling penting jangan ulangi kesilapan yang sama.

Pasang strategi

Pengurusan Pipeline

Dalam bisness hartanah ini, setiap agen mempunyai cara pengendalian pipeline yang berbeza. Tapi dalam satu objective yang sama iaitu menguruskan aliran jualan untuk mendapatkan lebih banyak urusniaga.

Di mana, pipeline ini adalah “workflow” dalam menjual. Ia merupakan kombinasi pemasaran, perjumpaan dengan klien, pertunjukan (viewing) hartanah, mengadakan perjanjian jual beli. Pipeline terbahagi kepada dua,

  1. Pemilik rumah -yang merancang untuk menjual rumahnya
  2. Pembeli rumah-yang merancang untuk membeli rumah baru

Dalam pipeline pemilik atau pembeli rumah ada beberapa peringkat yang perlu dilalui secara fasa per fasa

Pemilik rumah

  1. Hubungi: Perlu hubungi pemilik rumah untuk kepastian dan dan maklumat-maklumat yang sepatutnya. Logiknya jika tiada pemilik nak jual rumah, bagaimana kita nak menjual bukan?
  2. Semak nilai pasaran- Berapa harga pasaran dan selalunya rumah akan lebih mudah untuk dijual sekiranya bawah daripada harga pasaran
  3. Temu janji & Pemeriksaan rumah – Untuk melihat keadaan sebenar rumah
  4. Pemasaran-untuk mendapatkan pembeli yang baru

Pembeli

  1. Hubungi
  2. Semak kelayakan
  3. Temu janji & Pemeriksaan rumah
  4. Rundingan
  5. Uruskan proses pinjaman
  6. Uruskan proses guaman

Jika anda perhatikan “workflow pipeline ini sudah bersistematik.

Contohnya untuk pembeli rumah selepas hubungi perlu semak kelayakan terlebih dahulu. Sebab apa?

Kalau tidak layak, bagaimana nak teruskan proses membeli rumah. Jika anda skip dan teruskan proses rundingan. Ianya agak membuang masa kerana pada proses pengurusan pinjaman. Ianya akan “GAGAL”. Akhirnya anda juga gagal menjual rumah

Jadi apa tugas anda?

Tugas utama anda, ikut pipeline ini. Ianya akan membuatkan anda lebih focus pada setiap fasa. Malah akan menjadikan anda lebih berdisiplin dalam pengurusan. Jika tidak Berjaya, dengan pipeline ini anda boleh buat analisis dan mencari kesilapan yang perlu diperbaiki.

Penggunaan pipeline ini perlu diikuti dengan “konsep jualan” yang biasa diaplikasikan dalam perniagaagn

  1. Jumlah potensi klien
  2. Cepat mengambil Tindakan
  3. Kualiti Klien

Uruskan pinjaman

Waktu ini anda boleh memilih klien yang dapat membeli dengan harga yang lebih tinggi.

Walaupun mungkin ada risiko, ada klien yang tak jadi beli atau masalah pinjaman.

Masih boleh diteruskan dengan klien yang lain

Cepat bertindak juga memainkan peranan. Jika kita terlalu lambat, klien juga boleh hilang semangat atau bertukar fikiran untuk membeli atau menjual rumah mereka.

Dalam masa yang sama kualiti klien juga memainkan peranan dalam jual dan beli rumah.

Faktor kelayakan, faktor kemahuan dan sebagainya. Adakalanya klien hanya mahu bertanya dan survey rumah mana yang layak dibeli. Ada yang memang berminat disebabkan lokasi dan sebagainya.

Sekiranya anda sudah biasa membuat pipeline ini, anda akan sedar. Sebenarnya ini bermain dengan ratio.

Contohnya 100 klien yang anda hubungi mungkin akhirnya hanya 2 orang sahaja yang Berjaya membeli rumah. Jadi anda perlu gandakan jumlah klien ini

Semakin berpengalaman atau lama dalam industry ini, ratio ini akan berubah contohnya dengan hubungi 20 orang klien sahaja, akan dapat 2 orang klien yang Berjaya.

Ini disebabkan pengalaman atau portfolio anda. Maka, klien akan bertambah yakin.

Bina hubungan baik dengan klien

Sekiranya anda dapat menyelesaikan sesuatu jualan atau pembelian dengan baik. Sedikit sebanyak akan dapat memberi gambaran tentang kualiti kerja anda. Klien juga berkemungkinan akan refer anda pada kenalanya.

Yang tidak layak meminjam pun digalakkan bina hubungan dan motivasikan mereka untuk membeli rumah. Bagi cadangan yang perlu mereka lakukan untuk membeli rumah pada masa hadapan.

Mungkin ini adalah klien anda beberapa tahun akan datang. Sekiranya mereka Berjaya membeli rumah atas motivasi dan cadangan anda. Anda juga akan membina kualiti klien yang bukan sahaja layak membuat pinjaman tetapi memudahkan urusan pembelian kerana klien ini sudah mempercayai anda. Pastinya klien ini juga akan refer kepada kenalan-kenalan tentang pertolongan yang anda berikan.

Berkomunikasi dan menggunakan kata-kata yang baik juga akan membantu membina hubungan yang baik dengan klien. Walaupun ada kalanya klien yang cancel temujanji, cancel nak jual rumah, tak jadi beli rumah. Kita masih perlu bersikap professional dan anggap sahaja tiada rezeki. Jika anda bersabar, mungkin satu hari mereka juga akan menjadi klien anda. 

Kesimpulannya

Sekiranya anda mempraktikkan kaedah atau cara ini, besar peluang untuk Berjaya. Hal ini kerana sememangnya inilah kaedah yang di guna pakai oleh ejen hartanah lain. Konsepnya masih sama, mungkin cara perjalanan yang berbeza.

Posted on Leave a comment

Tips memilih mentor ejen hartanah

Perkara pertama yang selalunya dicari untuk menjadi ejen hartanah ialah mencari “mentor”. Mencari mentor yang sesuai adalah sangat penting kerana mentor ini lah yang akan mengajar atau menolong anda untuk mencapai kejayaan.

Apa-apa bidang sekalipun, ada guru atau mentor yang membantu kita.

Sebelum seseorang menjadi doktor atau tukang kasut sekalipun.
Mesti akan menerima ilmu dari seseorang yang lebih berpengalaman.

Tidak cukup hanya bergantung pada buku atau teori semata-mata. Cumanya yang membezakan ilmu itu diturun secara formal atau pun tidak.

Jangan diragui keikhlasan mentor kita, sebabnya jualan anda juga akan membantu mentor untuk mencapai KPI (performance indicator). Kiranya sebagai WIN-WIN SITUATION”

Antara faktor-faktor yang boleh dipertimbangkan sewaktu anda ingin memilih mentor adalah seperti berikut

1. Pengalaman dan kejayaan

Pilih mentor yang berpengalaman dan kerjayanya sebagai perunding hartanah sudah stabil. Penunjuknya mungkin pernah dinobatkan sales terbaik agensi dan sebagainya. Mentor yang berpengalaman selalunya mempunyai strategi jualan masing-masing.

Ataupun dengan pengalaman melatih perunding hartanah yang baru. Jika mentor anda sudah mempunyai ramai perunding hartanah di bawah seliannya. Ini juga satu penanda yang baik bahawa mentor anda sudah mempunyai pengalaman dalam melatih perunding hartanah.

Tidak digalakkan anda mencari penunjuk dengan “jenis kereta yang dipakai” atau “barang branded yang dipakai”. Tidak semestinya luaran menggambarkan segalanya. Ada yang penampilan biasa, tapi mempunyai simpanan yang lebih banyak.

2. Faktor jarak

Selain faktor kejayaan dan pengalaman. Ada lebih baiknya mentor pun di area yang berdekatan dengan anda. Ini akan memudahkan anda untuk menghadiri meeting atau perjumpaan nanti. Kalau jauh sangat, mungkin anda sendiri pun lemah semangat nak menghadiri sesi perjumpaan.

Bagi saya, faktor jarak adalah antara yang terpenting. Ini kerana ianya akan memudahkan tugas anda dan mempercepatkan apa-apa urusan tugasan.

3. Selesa berkomunikasi

Selesa berkomunikasi juga adalah faktor yang penting. Berjaya tinggi langit pun mentor anda, tetapi anda tidak berasa selesa pun susah juga. Pilih yang anda rasa selesa berkomunikasi dan boleh bekerjasama.

Sebab mentor pun ada pelbagai pendekatan. Ada sesetengah mentor yang suka menggunakan pendekatan media social, ada sesetengah yang pendiam (yang sebenarnya bercakap bila perlu) ada yang too friendly.

Bagi saya ianya sebenanarnya bergantung kepada diri sendiri. Bagaimana kita menyesuaikan diri.

Sebagai contoh jika tidak suka dengan sikap majikan anda. Agak mustahil untuk dapat mengubah sikap majikan anda. Yang perlu menyesuaikan diri adalah “Diri sendiri”.

Jika kita tidak mahu atau tidak boleh menyesuaikan diri,
Kita masih boleh buat pilihan yang terakhir. Iaitu memilih mencari majikan yang lain.

4. Kepercayaan

Boleh letakkan kepercayaan kepada mentor untuk membimbing anda. Apabila anda percaya, ianya mudah untuk bekerjasama.

Bila mentor memberi nasihat atau cadangan, mudah anda turuti atau berbincang sebab anda “PECAYA” dengan pengalaman mentor.

Posted on Leave a comment

Kelebihan jadi ejen hartanah?

Di Malaysia ni, macam-macam jenis ejen boleh dipilih. Nak pilih sebagai full time, part time pun boleh

Boleh jadi ejen tudung, ejen makanan viral, ejen penapis air, ejen makanan kesihatan seperti dan pelbagai lagi.

Tapi mengapa perlu jadi ejen hartanah? Atau erti kata lain kelebihan jadi ejen hartanah

1) Komisyen tinggi

Komisyen tinggi bermaksud kebarangkalian pendapatan pun adalah lumayan.

Ramai yang nak jadi ejen hartanah sebab komisyen yang tinggi.

Kalau dapat jual satu rumah pun dalam sebulan pun dah boleh dapat lebih RM 4k.

Contohnya rumah A, harga RM 200, 000:

Komisen dapat: 3%

Ini bermakna sudah RM 6, 000

Ini baru sebuah rumah, kalau banyak rumah?

Anda masih boleh menjadi millionaire dengan hanya menjadi ejen hartabah. Mengikut kajian di Amerika, 99% jutawan adalah dari empat kategori ini

1. Pernigaan sendiri-74%
2. Eksekutif kanan (senior)-10%
3. Golongan perofesional seperti doctor pakar, peguam etc-10%
4. Jurujual dan perunding jualan-5%

Lihat!!
Kerjaya sebagai jurujual dan perunding jualana dalam golongan yang utama boleh menjadi “millionaire”.

Masa depan yang sangat cerah bukan? Ini adalah sebab utama mengapa ramai yang memilih menjadi ejen hartanah

Kalau nak bina perniagaan sendiri, banyak risikonya.

Salah langkah, habis duit simpanan dan kemungkinan boleh berhutang.

Nak jadi golongon professional, nie dari sekolah dah kena mula.

Jurujual dan perunding jualan yang nampaknya kurang risiko dan tidak mengambil factor Pendidikan formal.

Yang paling penting usaha,
masih boleh dikira mencari ilmu yang tak formal seperti ilmu pemasaran, komunikasi etc

Yang mana boleh sahaja belajar dengan mentor anda.

2) Tentukan sendiri masa hadapan

Dengan menjadi ejen hartanah, anda yang menentukan sendiri masa hadapan.

Kalau nak pendapatan yang lumayan, perlulah berusaha.

Kalau nak cukup makan sahaja, sales pun cari cukup-cukup je. Pendek kata semua bergantung pada anda.

Kerjaya ini tak sama dengan makan gaji. Kurang rajin pun masih boleh mendapat gaji di akhir bulan.

Kalau rajin pun, mungkin dapat kenaikkan gaji ikut tahun sahaja.

3) Masa fleksibel

Masa akan lebih fleksibel, di mana anda sendiri yang menentukan jadual kerja anda.

Bila nak jumpa client..
Masa nak submit dokumen..etc

Boleh banyak masa bersama keluarga, tapi dalam masa yang sama perlu lah pandai uruskan masa,

Anda perlu bijak menguruskan masa sendiri. Ibaratnya, anda adalah bos. Anda juga adalah pekerja. Tiada siapa akan mengarahkan anda untuk buat kerja dan yang paling penting perlu tentukan target.

4) Risiko rendah

Modal yang paling ketara adalah yuran ejen sahaja. Yang lain tu mungkin untuk membantu pemasaran. Contohnya modal buat blog atau website. Atau pemasaran melalui media sosial seperti Fb ads

Modal kehidupan harian juga perlu difikirkan sebab bukan lah hari ini berjaya jual rumah, hari ini juga anda dapat komisyen. Selalunya jika closed sale hari ini, komisyen akan dapat………

Dan dari pengalaman saya, belum lagi yang tak cukup makan sebab jadi ejen hartanah.

Terlebih makan ada..

Kalau nak buat bisness sendiri, perlu modal yang besar. Tersalah strategi boleh kemurungan dibuatnya.

5) Bidang yang cerah

Kalau anda perhatikan ada sesetengah bisness, sesuai pada waktu itu sahaja. Tidak berpanjangan .

Untuk bidang ini, bagi saya selagi ada manusia. Selagi itulah ada permintaan untuk rumah. Sebab rumah adalah keperluan. Walaupun mahal mesti nak beli sekurangnya satu.

Jika ada masalah ekonomi atau COVID sekalipun, permintaan jual dan beli rumah masih berterusan.

6) Permudahkan urusan

Asyik cerita manfaat diri sendiri sahaja. Hehe.

Ini dari segi aspek kemanusiaan pula.

Sebagai ejen hartanah, kita perlu sentiasa mengingati diri. Pekerjaan ini sebenar memberi kesan yang besar pada client. Kita perlulah jujur dan komitmen dalam membantu klien.

Bila kita bantu mereka, bermaksud kita memudahkan urusan seseorang

Dalam Islam sendiri pun, memudahkan urusan seseorang adalah tugas yang mulia.

Sambil mencari keuntungan, marilah kita mencari berkat juga.

7) Mendapat kenalan

Ini adalah salah satu sebab mengapa anda perlu menjadi ejen hartanah. Tanpa disedari anda akan mempunyai pelbagai kenalan dari pelbagai genre perniagaan, Pendidikan dan usia.

Sebab untuk menjadi ejen anda akan dilatih atau tanpa disedari akan pandai berkomunikasi dengan pelbagai ragam klien.

Mendapat kenalan juga penting sebab dari hubungan ini juga tanpa disedari kita akan dapat klien baru hasil rekomen dari klien lama kita.

Ada juga ejen hartanah yang sebelum ini menjadi suri rumah. Nak jadi ejen sebab bosan tiada kawan sekerja dan etc. Dengan kerjaya ini mereka boleh mempunyai masa yang fleksible. Mereka dapat mengurus masa sendiri antara keluarga dan kerjaya.

Masa bersama keluarga pun ada, duit dapat, dapat kenalan

Kan lebih Bahagia dibuatnya…

Memang banyak manfaat dan kelebihan menjadi ejen hartanah ini.

“Semoga bermanfaat”

Rujukan

1. https://www.briantracy.com/blog/financial-success/who-are-the-millionaires-2/

Disclaimer: Ejen hartanah di dalam artikel ini sebenarnya adalah merujuk kepada perunding hartanah.

Ringkasan Kelebihan Jadi Agen Hartanah

Komisyen tinggi

Masa Flexible

Jaringan Networking

Posted on Leave a comment

Kerjaya sebagai ejen Hartanah

Ketahui cara untuk jadi ejen hartanah, laluan kerjaya dan cabaran jadi ejen hartanah

Kalau ditanya anak-anak kecil apa cita-cita mereka bila dah besar, pasti jawapan klise yang diberi mereka antaranya nak jadi doktor, polis, guru dan sebagainya. Tapi jangan pelik ya, kini sudah ada yang mengenali kerjaya sebagai perunding hartanah. Mungkin mereka mengetahuinya kerana bapa mereka seorang ejen hartanah atau melalui kenalan keluarga saudara-mara yang bekerja dalam bidang ini atau mereka mengetahuinya apabila melihat proses jual beli rumah itu di depan mata.

Mungkin terdetik di hati mereka, “Nak kerja jual rumah lah”

“Nampak, masih boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan”

Baiklah, berbalik kepada artikel ini, adakah anda sedang mencari maklumat tentang laluan kerjaya menjadi seorang agen hartanah? Ataupun, anda sendiri yang berminat atau anak anda atau jiran anda atau sesiapapun sahaja, dipersilakan baca artikel ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai kerjaya sebagai seorang agen hartanah.

Kerjaya ini tidaklah begitu popular dalam kalangan senarai kerjaya idaman tetapi kalau kena gaya, ia boleh memberi kepuasan karier bagi yang meminati bidang hartanah ini. Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri melalui pemerhatian dan pengamatan terhadap perkara-perkara yang berlaku sepanjang saya menjadi agen hartanah ini, Ia ditambah dengan bacaan dan rujukan yang berkaitan bidang ini.

Jom baca!

Pengenalan

Perunding hartanah atau juga yang dikenali oleh masyarakat sebagai agen hartanah merupakan profesion pekerjaan yang melibatkan urus niaga jual dan beli hartanah seperti kawasan kediaman, rumah, aset bangunan dan tanah.

Senang cerita, anda adalah orang tengah yang menguruskan urusan jual beli antara pengguna yang ingin menjual atau membeli hartanah, dengan pihak pemaju dan bank yang memberikan pinjaman untuk melayakkan anda berjaya dengan urusan jual beli tersebut.

Menurut laporan US News pada tahun 2020, kerjaya sebagai agen hartanah berada di ranking #4 dalam skop kerjaya bidang jualan dan pemasaran. Ranking ini disusun mengikut aspek seperti seperti:

1. Tahap gaji yang diterima;
2. Peluang pekerjaan di pasaran;
3. Perkembangan kerjaya di masa akan dating;
4. Tekanan tempat kerja;
5. Faktor keseimbangan antara kerjaya dengan kehidupan seharian.
Definisi Agen Hartanah Perunding Hartanah

Apa Itu Agen Hartanah?

Seorang agen hartanah ialah individu yang telah mengikuti kursus perundingan hartanah dan/atau mempunyai kelayakan akademik dalam bidang hartanah. Antara jenis kelulusan akademik yang berkaitan dengan bidang ini adalah seperti:

• Sijil
• Diploma
• Ijazah

Antara universiti awam yang menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Penurusan Hartanah atau Bachelor in Real Estate Management ialah:

• Universiti Malaya (UM)
• Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
• Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
• Universiti Teknologi Mara (UiTM – cawangan Seri Iskandar, Perak)

Pelajar perlu menjalani latihan industri atau praktikal selama 2 tahun sebelum bergraduasi. Sekiranya mereka serius dalam bidang ini dan ingin membuka agensi hartanah sendiri, mereka perlu lulus temu duga yang diadakan oleh Lembaga Penilai Pentaksir dan Agen Hartanah selain menghadiri kursus perundingan hartanah.

Sila pastikan dapat kelulusan dulu ya barulah boleh anda gelar diri anda sebagai seorang agen hartanah!

Apa Itu Perunding Hartanah?

Sementara itu, perunding hartanah merupakan staf bawahan yang dilantik oleh agen hartanah untuk melakukan transaksi atau membantu urusan jual beli hartanah.

Sekiranya sesebuah urusan jual beli hartanah tersebut berjaya dilakukan, komisyen yang diterima adalah berdasarkan terma dan persetujuan yang telah ditetapkan lebih awal antara perunding hartanah dengan agen hartanah yang menjadi agensi mereka.

Dari segi teknikal, perunding hartanah ialah subset kepada agen hartanah. Maksudnya, agen hartanah boleh jadi perunding hartanah, tapi, perunding hartanah tidak boleh jadi agen hartanah.

Tetapi lagi sekali, kita di Malaysia ni macam biasalah kan, kalau di kedai mamak tu semua orang jadi bos, jadi untuk bidang hartanah ni, orang ramai jarang yang tahu perbezaan antara kedua-dua agen hartanah vs perunding hartanah. Pukul rata, semua dipanggil agen hartanah.

Pun boleh lah kan asalkan urusan jual beli anda berjaya disempurnakan dengan baik dan dilakukan mengikut tatacara dan prosedur perundangan yang betul.

Syarat dan Kelayakan:

Kena masuk kolej ke untuk dapatkan kelayakan?

Tiada syarat pendidikan minimum untuk menjadi seorang perunding hartanah, tapi kenalah pandai mengira, membaca dan menulis; itu sudah tentu jatuh hukum wajib.

Untuk memudahkan urusan, anda perlu mempunyai kenderaan sendiri supaya senang anda bergerak untuk mencari klien dan pemilik hartanah.

Kerjaya ini sebenarnya boleh diceburi oleh sesiapa sahaja asalkan anda mahir berkomunikasi dan gigih berusaha tidak mudah berputus asa.

Cara Menjadi Agen Hartanah Perunding Hartanah:

Ada kursus atau program latihan ke?

Sesiapa sahaja yang mempunyai minat atau betul-betul serius ingin libatkan diri sebagai agen hartanah, dialu-alukan untuk menceburi kerjaya ini.

Tapi, mestilah ada syaratnya, orang bawa kereta pun kena ada lesen, doktor perubatan pun kena berdaftar, sama juga macam kalau nak jadi agen hartanah atau perunding hartanah ni.

Sebelum anda boleh memulakan hari anda sebagai agen hartanah, anda WAJIB menyertai mana-mana kursus perundingan hartanah selama 2 hari yang dperakui oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Agen Hartanah. Lembaga ini telah menetapkan bahawa semua perunding dan agen hartanah perlu mendaftar di bawahnya. Tak daftar, tak boleh!

Sepanjang kursus 2 hari tersebut, banyak pengisian yang boleh membantu kita untuk menjadi agen hartanah yang lebih power and successfull antaranya:

• Topik pengenalan hartanah di Malaysia dan pasaran hartanah
• Industri hartanah
• Standard atau piawai agensi hartanah di Malaysia
• Skop kerja agen hartanah
• Kemahiran komunikasi untuk membantu rundingan yang berjaya
• Asas perundangan untuk lebih memahami aspek guaman
• Penggunaan teknologi dalam bidang hartanah

Sijil akan diberikan selepas anda tamat berkursus.

Persiapan Menjadi Agen Hartanah: Apa yang perlu dibuat?

Seterusnya, saya akan ceritakan serba ringkas, kronologi atau langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk bergelar seorang agen hartanah di Malaysia.

1. Hadir ke kursus perundingan hartanah yang diterangkan sebelum ini. Yuran yang dikenakan ialah RM600.
2. Tamat kursus, bawa salinan sijil anda dan cari agensi hartanah yang sah untuk anda sertai sebagai agen. Kebiasannya, agensi akan mengenakan yuran pendaftaran sebanyak RM100-500 bergantung kepada agensi tersebut.
3. Kemudian, pastikan anda sudah mempunyai kelengkapan seperti laptop, telefon pintar, kad bisnes, pita ukur, banner dan sebagainya untuk memudahkan kerja-kerja anda sebagai agen hartanah.
4. Dah bersedia dengan semua kelengkapan dan maklumat berkaitan? Inilah masanya anda meluaskan pemasaran anda untuk orang kenali anda sebagai agen hartanah.

Tips Pemasaran Agen Hartanah: Macam mana nak cari klien?

1. Iklankan diri anda di platform jualan.

Antaranya seperti Shopee, Mudah, Lazada dan sebagainya. Zaman sekarangkan memang ramai yang suka shopping online? Semua benda akan dicari secara online.

2. Kukuhkan imej di media sosial.

Manfaatkan Twitter, Facebook, Instagram, Tiktok dan sebagainya untuk memasarkan diri anda. Mungkin anda tak perlu secara direct bagitahu yang anda ialah agen hartanah; mungkin anda boleh cipta kandungan media sosial yang menarik untuk dikenali dan mengumpul bilangan pengikut yang ramai.

Dari situ, orang ramai akan mula ingin tahu atau menyelidiki latar belakang anda sebagai agen hartanah.

3. Pengiklanan digital.

Zaman sekarang memang zaman media sosial. Iklan di surat khabar, radio dan majalah rasanya macam dah kurang relevan. Anda boleh gunakan khidmat social media influencer yang kita panggil tweetfamous, instafamous, youtuber, tiktokfamous dan sebagainya ini untuk review servis anda.

Caj pengiklanan mereka ini jauh lebih murah kalau nak dibandingkan dengan pengiklanan di TV atau radio.

Pendapatan Agen Hartanah: Boleh kaya ke kerja agen hartanah ni?

Siapa yang nak kerja dengan gaji rendah? Semua orang mahukan pekerjaan yang stabil, gaji yang lumayan dan beban kerja yang tidak begitu menyusahkan. Tak hairanlah ramai yang nak sangat masuk kerja kerajaan, bukan ke? Senang nak buat loan bank katanya…

Jangan risau, bak kata pepatah moden, rezeki tak pernah salah alamat, ulat dalam batu pun boleh hidup, saya senaraikan di sini bagaimana anda boleh buat duit dengan kerjaya sebagai agen hartanah ini,

1. Dapat komisyen melalui hasil jualan atau sewaan hartanah

Bak kata orang putih, we cut to the chase je lah, kerjaya agen hartanah ini bukanlah macam kerani atau pekerja kerajaan yang cukup jam, hujung bulan gaji masuk.
Agen hartanah makan gaji dengan komisyen jualan yang berjaya dikendalikan. Komisyennya ialah lebih kurang dalam 3% daripada harga unit rumah.

Komisyen ini merupakan standard bagi harga dan kadar pasaran di negara kita. Contoh pengiraan mudah, kalau anda berjaya menjual rumah yang berharga RM1 juta, anda akan mendapat komisyen sebanyak RM30k.

Daripada nilai komisyen sebanyak RM30k ini, anda akan berkongsi dengan agensi yang anda naungi. Perkongsian ini pula bergantung kepada perjanjian anda dengan agensi anda. Contohnya anda bersetuju 50:50 dengan hasil komisyen, anda akan mendapat RM15k sebagai komisyen bersih.

Tapi, ikut pengalaman saya, kebanyakan agensi membahagikan 80% untuk agen dan baki 20% untuk agensi.

Itulah ‘gaji’ anda. Bayangkan jika dalam sebulan, anda berjaya menjual 3 unit buah dengan harga serupa, anda boleh meraih pendapatan RM45k untuk bulan itu.

Masyuk sungguh tu! Nilai komisyen ini akan makin bertambah jika anda rajin mencari pembeli dan bersungguh-sungguh menyiapkan urusan jual beli tersebut dengan sempurna.

Lebih-lebih lagi bagi jualan rumah di kawasan bandar seperti di Lembah Klang yang mempunyai banyak lot jualan dan harganya pula ratusan ribu hingga jutaan ringgit bagi setiap unit.

2. Bayaran daripada yuran guaman

Selain komisyen jualan rumah yang berjaya, anda turut memperolehi wang poket tambahan melalui bayaran daripada yuran guaman melalui peguam yang anda rekemenkan.

Secara asasnya, urusan jual beli rumah memerlukan campur tangan peguam supaya urusan tersebut melalui sistem perundangan yang telus dan melindungi hak kedua-dua pembeli dan penjual.

Sebagai agen hartanah, anda boleh rekemenkan seorang peguam untuk memastikan kelancaran urusan. Daripada kos guaman yang dikenakan, peguam tersebut akan memperuntukkan sejumlah wang sebagai saguhati kepada anda yang telah rekemenkan khidmat mereka sebagai peguam dalam urusan jual beli tersebut.

Nilainya tidaklah sekencang jumlah komisyen 3% jualan rumah tadi, tetapi rezeki jangan ditolak. Ada yang boleh mencecah ratusan ringgit untuk satu urus niaga yang berjaya.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, RM100 pun sangat bernilai lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkeluarga.

Skop Kerjaya dan Bidang Tugas Agen Hartanah:
Agen hartanah ni kerjanya macam mana?

Dalam urusan jual beli hartanah, dua sasaran pengguna yang perlu dikuasai oleh seseorang yang bergelar agen hartanah ialah pemilik hartanah DAN pembeli hartanah.

Berikut ialah skop tugas dengan pemilik hartanah, yang boleh diringkaskan dengan akronim NIAMS:

Networking: Bina jaringan dengan pemilik hartanah atau pihak pemaju
Inspection: Membuat pemeriksaan ke atas hartanah
Advice: Memberi khidmat nasihat kepada pihak berkenaan
Marketing: Membuat pemasaran untuk mencari pembeli yang berpotensi
Secure: Melindungi dan memastikan hak tuan hartanah

Skop tugas dengan bakal pembeli hartanah pula seperti berikut yang membentuk akronim ARVNIS:

Approach: Mendekati bakal pembeli dan membina jaringan perhubungan
Review: Semakan kelayakan pembeli untuk melakukan urus niaga beli hartanah
Visiting: Membawa pembeli ke lokasi hartanah
Negotiate: Berunding dengan pembeli
Intermediate: Bertindak sebagai orang tengah untuk mendapatkan khidmat peguam dan urusan pinjaman bank yang lebih lancar
Secure: Melindungi dan memastikan hak pembeli

Kelebihan dan Cabaran Menjadi Agen Hartanah: Suka dan duka silih berganti dalam hidupku seorang agen hartanah

Sudah jadi adat resam alam, macam kata pepatah bahasa Inggeris, “You get some, you lose some,” nak jadi agen hartanah, anda kena bersedia dengan segala kemungkinan pasang surut dunia pekerjaan.

Ini ialah kelebihan menjadi seorang agen hartanah:

1. Mengubah hidup

It’s a life changing experience! Kita akan terlibat dengan keputusan seseorang yang ingin membeli rumah. Jangan pandang ringan urusan jual beli rumah! Selain cari pasangan hidup, nak beli rumah pun kena fikir macam-macam faktor! Memang perlu sungguh-sungguh antara hidup dan mati.

2. Tiada tekanan dari bos majikan

You are your own boss! Jika mereka yang makan gaji, kerja pejabat sering tertekan dengan hidup mereka didesak berbagai-bagai permintaan aneh bos, anda tak perlu berhadapan dengan ini semua!

Anda sendiri yang menentukan masa depan anda. Jika anda rajin, maka kencang lah pendapatan anda, jika malas lemau mencari klien, lemau lah poket anda.

3. Pendapatan lumayan

It’s all about the money, money! Dengan pengiraan 3% nilai komisyen bagi setiap unit hartanah yang berjaya dijual, anda boleh merancang pendapatan anda dengan baik untuk meraih kedudukan kewangan yang stabil.

4. Masa kerja yang fleksibel

Time is gold! Ini mungkin dicemburui oleh rakan-rakan anda yang makan gaji waktu pejabat. Anda mempunyai waktu kerja yang fleksibel dan tak terikat untuk punch in punch out pada setiap hari.

Oleh itu, anda akan mempunyai lebih masa untuk diluangkan bersama keluarga atau untuk melakukan aktiviti hiburan anda seperti bersenam, menonton wayang (tiket wayang hari Rabu belah siang hari lebih murah, kan?), karaoke, makan-makan dan sebagainya.

5. Modal rendah untuk memulakan kerjaya

Why spend more when you can save more? Kos permulaan untuk menyediakan agensi atau bekerja sebagai agen hartanah tidak memerlukan kelengkapan atau peralatan yang canggih dan mahal.

Cukup sekadar ruang pejabat untuk mudah pelanggan mencari anda. Malah, ada pelanggan yang gemar jumpa anda di kedai makan atau premis mereka untuk kesenangan mereka.

6. Cerah masa depan

Sustainability is key! Bidang hartanah ialah bidang yang sentiasa mendapat permintaan. Setiap orang memerlukan rumah sebagai tempat perlindungan, kediaman atau dijadikan aset. Semakin mereka menginjak dewasa, semakin bertambah keperluan mereka untuk membeli rumah sendiri.

Oleh sebab itu, dikatakan bahawa bidang hartanah ialah bidang yang evergreen, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, sentiasa mendapat permintaan sepanjang zaman.

Cabaran Menjadi Agen Hartanah

Langit tak selalunya cerah. Berikut disenaraikan cabaran-cabaran yang bakal dan sedang dihadapi oleh seorang agen hartanah:

• Pembeli tidak meneruskan pembelian atas sebab peribadi
• Pihak bank tidak meluluskan permohonan pinjaman pembeli
• Ada agen lain caras/sailang klien kita
• Harga rumah tiba-tiba dinaikkan pemilik
• Pemilik rumah membatalkan niat menjual rumah kepada pembeli
• Moral jatuh jika tiada transaksi jualan dalam tempoh beberapa bulan kerana pendapatan adalah berdasarkan komisyen jualan

Pantang Larang Menjadi Agen Hartanah: Do’s and Don’t’s

Minat sahaja tidak mencukupi untuk terus berjaya dalam bidang ini. Oleh itu, saya kongsikan beberapa perkara yang menyebabkan kegagalan menjadi agen hartanah yang cemerlang, semoga menjadi tips berguna:

• Tidak fokus: Menjadikan kerjaya ini sebagai kerja sampingan
• Bodoh sombong: Tidak mahu mendengar nasihat senior
• Tidak berdisiplin: Selalu buat klien tertunggu-tunggu
• Terburu-buru: Gopoh dalam melakukan urusan sehingga banyak perkara penting boleh tercicir seperti dokumen yang tidak lengkap, maklumat hartanah yang tidak tepat dan sebagainya
• Putus asa: Hangat-hangat tahi ayam atau tidak bangkit apabila mula diuji dengan karenah urusan dokumentasi dan klien yang macam-macam ragam.

Pesanan Buat Bakal Agen Hartanah: Nasihat daripada senior

Sebelum mengakhiri artikel ini, suka saya himpunkan beberapa titipan nasihat yang saya dapat daripada senior saya dan juga daripada pengalaman saya sepanjang menjadi agen hartanah.

Pertama sekali, set dan tetapkan niat kita nak bekerja ini kerana Allah, nak bantu keluarga, agama dan bangsa kita. In Sya Allah, jalan kita akan dipermudahkan. Kalau tiba-tiba berhadapan dengan halangan, kita takkan mudah putus asa.

Selain itu, amalkan bersedekah terutamanya setiap kali kalau anda berjaya menjual rumah dan mendapat komisyen. Molek lah kalau anda peruntukkan dalam 5% daripada hasil komisyen tersebut untuk disedekahkan di tabung masjid, belanja barang dapur ibu bapa, bawa anak isteri pergi makan sedap-sedap, hulurkan sumbangan di tabung bencana, komuniti kejiranan dan sebagainya.

Semakin banyak kita bersedekah, semakin luas pintu rezeki kita nanti.

Sebagai agen hartanah juga, kita kena sentiasa lengkapkan diri kita dengan ilmu terutamanya dalam bidang hartanah. Sentiasa peka dengan perkembangan semasa kerana polisi hartanah akan sentiasa berubah seiring dengan perubahan pemerintahan kerajaan.

Di samping itu, tak salah kalau kita terus menambah ilmu pengetahuan dengan menyertai kursus atau program latihan tambahan. Antaranya kelas pemasaran, kem bina diri, kelas bahasa dan kelas komunikasi.

Hal ini sangat bagus untuk menjadikan diri kita lebih berkeyakinan dan berketerampilan. Barulah klien pun yakin dengan kita!

Kesimpulan

Menjadi agen hartanah bukanlah sekadar menjadi promoter menjual rumah, tetapi mengajar kita untuk mendidik rasa rendah diri dan melatih skill komunikasi yang lebih baik.

Profesion ini bukanlah sejenis kerjaya yang glamour atau popular, tetapi memadailah dengan usaha anda sebagai agen, boleh menjadi punca pendapatan yang lumayan, bak kata peribahasa mat Saleh, you reap what you sow.

“Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Semoga anda yang ingin membina kerjaya sebagai agen hartanah terus kental hati dan kepada rakan-rakan seperjuangan, semoga kita terus berjaya.

Untuk dapatkan khidmat jual beli hartanah, boleh hubungi saya melalui link di bawah.

Posted on Leave a comment

Tips dan Teknik Jual Rumah di Malaysia

Membeli rumah tidak semudah menjual rumah. Setelah mengeluarkan kos yang tinggi dan melalui berbagai proses, sudah pasti anda perlukan pulangan yang berbaloi hasil dari jualan rumah. Jika tidak kena cara dan prosedur serta tahu teknik yang betul, percayalah hasilnya anda gagal menjual dan boleh patah semangat. Ikuti tips dan teknik lengkap langkah demi langkah menjual rumah sehingga berjaya dan jangan lupa kongsi kejayaan anda di sini ye!.

Jangan ragu-ragu, Jom Semak!

• Bagaimana Menentukan Nilai Harga Rumah
• Teknik Urusniaga Dengan Pembeli
• Tata Cara dan Prosedur Jual Rumah
• Cara Iklan Dan Promosi Yang Mudah
• Kos Jual Rumah Yang Perlu Ambil Tahu
• Tujuh Senarai Dokumen Yang Perlu Ada
• Ambil Tahu Perangkap Tersembunyi Dalam Jualan Hartanah
• Adakah Perlu Saya Guna Khidmat Ejen Hartanah
• 10 Soal Jawab Jualan Hartanah

TIPS 1 – Bagaimana Menentukan Nilai Harga Rumah

– Jangan bermain dengan emosi

Pemilik yang menyimpan berbagai kenangan samada manis atau pahit cenderung bermain dengan emosi sentimental apabila berhasrat menjual rumah. Kenangan manis terutama bersama pasangan dan keluarga dan membuat pengubahsuaian yang menurut pendapat pemilik sukar dicari ganti membuatkan mereka menetapkan harga yang tinggi sesuai dengan sentimen yang dirasai mereka. Ada juga yang meletakkan harga terlalu rendah gara-gara kenangan pahit. Akibatnya pemilik tidak mendapat apa yang sepatutnya.

Lantaran itu, menjual rumah perlukan anda bertenang, berlapang dada dan lihat sekeliling secara realistik. Di luar sana ramai yang bersaing dengan anda menjual rumah bukan sahaja berjaya meraih untung malah dapat pula menambah aset baru.

Buang jauh-jauh sentimen, dan mulakan Langkah proaktif menjual rumah anda!

Ikuti langkah bagaimana menentukan harga dan rumah anda dalam kategori rumah yang baik dalam pasaran dan memancing pembeli.

– Kaji Harga Pasaran Semasa dan Kawasan

Mulakan dengan mengkaji dan semak harga pasaran semasa rumah. Ia penting bagi pembeli yang membuat pinjaman dimana kebanyakan skim pinjaman hanya memberi margin 90%. Pembeli perlu menyediakan 10% dari harga rumah. Sebagai contoh jika rumah berharga RM500,000, amaun pinjaman adalah sebanyak RM450,000, pembeli perlu menyediakan tambahan tunai RM50,000 sebagai deposit. Ini belum mengambil kira kos guaman dan stamping yang perlu ditanggung sendiri oleh pembeli. Keberangkalian untuk mereka membeli rumah anda 50/50 dan mereka akan meninjau rumah lain yang menawarkan harga yang lebih baik dan tidak membebankan.

Bagaimana bagi mengelakkan situasi ini berlaku? Semak terlebih dahulu harga pasaran rumah dengan menggunakan kaedah ini:

  • Cara mudah , boleh klik link yang disediakan ini “ Market Value Status”  Klik Disini
  • Buat risikan dengan jurubank
  • Dapatkan pandangan ejen hartanah
  • Lantik Penilai Professional

Jika kena caranya,anda boleh cuba risik-risik dengan bank, namun kebiasaannya komitmen mereka lebih kepada klien utama iaitu pembeli rumah bukan penjual dan ejen hartanah yang mempunyai urusniaga dengan mereka. Pilihan terbaik ialah melantik penilai professional berbayar. Anda akan dapat laporan lengkap dengan nilaian yang tepat. Info yang perlu disediakan bagi semakan ini ialah seperti berikut:

• Alamat rumah
• Jenis rumah
• Posisi lot (corner lot, end lot atau intermediate)
• Saiz lot dan binaan rumah
• Jumlah bilik,bilik air
• Maklumat ubahsuai (sekiranya berkaitan). Ubahsuai besar yang melibatkan struktur perlu mempunyai surat kebenaran kelulusan daripada pihak berkuasa. Jika tidak, kos ubahsuai ini tidak termasuk dalam harga pasaran.

– Kenalpasti Faktor Negatif

Faktor persekitaran dan infrastruktur rumah turut memberi kesan negatif kepada harga jualan. Harga rumah perlu realistik dan hindari harga tinggi jika aset anda di dalam lingkungan berikut:

i. Rumah berdekatan dengan kabel kuasa tinggi atau Stesen Transmisi TNB
ii. Rumah berhampiran dengan loji kumbahan
iii. Rumah pangsapuri paling tinggi dan tiada kemudahan lif
iv. Rumah dikenalpasti kawasan banjir atau kadar jenayah tinggi seperti selalu berlaku kecurian, pecah rumah, samun dan sebagainya.

– Tentukan margin realistik untuk rundingan

Urusan jual beli rumah akan melibatkan tawar menawar harga antara penjual dan pembeli. Sebagai penjual anda perlu menetapkan harga yang anda harapkan dari awal. Apa guna jual rumah, jika hasil yang diterima nanti tidak cukup seperti yang diharapkan atau boleh dikatakan rugi. Katakan anda perlukan RM500k, iklankan pada harga RM530 dan masukkan terma “Harga boleh runding” agar kedua belah pihak berpuas hati.

Skil Urusniaga Dengan Pembeli

Tiada pengalaman dan ini baru pertama kali menguruskan penjualan hartanah memerlukan skil komunikasi tersendiri. Anda perlu berdepan dengan kerenah pembeli yang tidak dikenali dari berbagai ragam dan latarbelakang. Sebagai ejen hartanah, Ikuti tips di bawah bagi memudahkan urusan anda.

>Mulakan Dengan Tapisan Pertama

Sejauh mana tahap serius pembeli untuk membeli rumah anda boleh dikenalpasti melalui perbualan pertama dengan calun pembeli.
* Siapa sebenarnya yang akan membeli dan lihat rumah? Pastikan yang membuat keputusan untuk membeli dan mengeluarkan wang melihat rumah. Ada kalanya yang datang bagi pihak ibu bapa atau pasangan.
*Tempat kerja dimana? Lokasi rumah ke tempat kerja memberi isyarat positif samada calun pembeli tersebut berpotensi membeli rumah atau tidak
*Rumah anda yang ke berapa? Lebih mudah sekiranya sebelum ini mereka telah lihat rumah lain berbanding baru pertama kali kerana mereka akan meninjau rumah-rumah lain sebelum memberi kata putus.
*Faham dengan persekitaran dan kawasan. Pembeli sebenarnya telah buat tinjauan dan 80% memang berniat untuk membeli berdasarkan kehendak mereka.

>Lakukan Tindakan Ini Apabila Pembeli Melawat Rumah

– Pastikan Rumah Dalam Keadaan Baik
– Wujudkan suasana harmoni kawasan keliling bermula dari depan pagar.
– membaikpulih yang mana perlu sepeti
– Kemas kawasan sekitar, potong rumput yang panjang misalnya boleh mempengaruhi mood pembeli
– Buat penyelenggaraan seperti baiki tembok yang pecah, siling yang bocor, tandas dalam keadaan baik atau cat baru bagi menimbulkan impak. Kadang-kadang hal yang kecil dipandang berat oleh pembeli
– Pastikan dalam rumah bersih, buka lampu, kipas dan penghawa dingin sekiranya ada
– Berurusan dengan pelanggan anda dengan mesra dan fahami keperluan mereka dengan membantu memberi cadangan dan penyelesaian. Kadang-kadang mereka kurang arif dalam selok belok pinjaman dan proses pembelian rumah. Bantuan ini sudah pasti memudahkan kerja mereka dan potensi untuk mereka membeli lebih cerah.
Antara perkara dan masalah yang dihadapi pembel ialah:
* Mempunyai pilihan samada pinjaman bank atau pinjaman kerajaan,tidak tahu mana satu yang perlu dipilih dulu
* Layak membuat pinjaman tetapi terikat dengan kekangan wang deposit
* Terdesak masuk rumah kerana perlu pindah dari rumah sewa
*Mempunyai wang yang cukup untuk membeli rumah tetapi tidak pasti samada rumah yang dipilih merupakan pilihan yang tepat untuk tujuan pelaburan

> Cuba Kenalpasti Status Kewangan Pembeli

Bukan mudah untuk terus bertanya hal kehidupan dan kewangan orang lain lebih-lebih lagi kita tidak mengenali mereka. Pastikan terlebih dahulu samada pembelian rumah ini, rumah pertama atau kedua. Ini kerana cara perbualan tentu berbeza.Kebanyakan pembeli rumah kedua, kedudukan kewangan mereka kukuh dan tidak terdesak dan adalah kurang manis untuk terlalu banyak soalan yang menidakkan kemampuan mereka.
Oleh itu wujudkan komunikasi yang lebih santai dan mesra sambil menyelit beberapa soalan penting yang berkaitan dengan status persediaan kewangan pembeli.
Adakah mereka tahu mengenai kos guaman dan deposit dan bersedia membayarnya?
Adakah mereka maklum bahawa ada alternatif lain seperti pengeluaran KWSP bagi melunaskan bayaran pendahuluan ini?
Bagi yang bekerja dalam perkhidmatan awam, keberangkalian rumah anda terjual lebih tinggi. Mereka tentu sedia maklum mengenai Pembiayaan Perumahan Sektor Awam LPPSA yang menawarkan pembiayaan 100% atau 90% mengikut kelayakan dan gred jawatan. Tanya pembeli samada mereka telah semak kelayakan pinjaman dalam sistem (LPPSA).

Cara Iklan Rumah Yang Terbaik

Bagaimana nak cepat jual rumah. Buat cara ini supaya cepat laku.

First Impression melekat di hati

Bagaimana nak jual rumah dengan cepat? Pandangan pertama semasa sesi lawatan ke rumah sangat penting bagi mewujudkan perasaan suka. Faktor ini penting bagi memancing pembeli mengambil step seterusnya.

Pastikan anda membuat pembersihan rumah secara menyeluruh dan baiki kerosakan yang jelas di pandangan mata. Hasilnya rumah akan kemas dan berseri dan menarik perhatian pembeli.

Saya cadangkan anda mula dengan langkah ini:
Mulakan dari luar rumah. Potong rumput disekeliling rumah (sekiranya ada). Tambahkan deco sikit dengan letak beberapa pasu.
Kosongkan rumah dan buang barangan yang tidak perlu
Baik pulih kerosakan yang jelas kelihatan
Cat rumah. Kalau lebih bajet boleh cat luar sekali
Sapu dan kemas rumah supaya kelihatan luas. Jangan lupa mop lantai.

Biarpun banyak kerja tetapi ia antara penentu utama samada rumah anda boleh dijual atau tidak. Ini kerana sedikit kerosakan atau yang tidak sedap dipandang mata boleh mempengaruhi keputusan mereka untuk beralih ke rumah lain.

Snap sudut menarik

“Biarlah foto yang berbicara”. Gambar yang cantik mampu mempercepatkan jualan rumah anda disamping tawaran harga yang berpatutan.

Tips ambil foto. Mulakan step ini!
Pastikan rumah kemas, lapang dan bersih. Buang objek2 yang mengganggu imej
Ambil foto secara menyeluruh supaya kelihatan luas dan lebar bermula dari sudut tepi pintu masuk
Jangan lupa pencahayaan dengan memasang lampu
Buka tingkap dan jatuhkan langsir ke bawah memanjang bagi mewujudkan ilusi tinggi
Akhir kata, Jika kurang arif dalam pengambilan foto, bolehlah dapatkan khidmat jurufoto atau rakan2 yang memang pakar dalam bidang ini. Tidak salah melabur sedikit kos tetapi impaknya lebih “ummph”.

+ Contoh-contoh rumah yang telah terjual dengan cepat hasil rakaman foto yang menarik

Iklan di Medium Popular

Terdapat banyak pilihan ruang iklan yang boleh digunakan antaranya:

+ Facebook
+ Mudah.my
+ iproperty

Bagi yang menggunakan khidmat ejen hartanah, iklan anda boleh disiarkan dalam iProperty dan Propertyguru?
Perkara lain yang perlu dilengkapkan bagi mengiklan rumah anda ialah seperti berikut:
+ Alamat lengkap/Lokasi
+ Lot bumi atau bukan lot bumi
+Keluasan/kemasan dalaman/jumlah bilik/bilik air
+Kawasan persekitaran/persekitaran sosial seperti keselamatan, Surau, masyarakat /komuniti setempat
+fasiliti berhampiran/jarak ke bandar/kemudahan pengangkutan

Iklan Berterusan

Pastikan iklan anda berada di barisan hadapan
Berdasarkan rekod jualan rumah kami, iklan yang diperbaharui dan dikemaskini mendapat respons yang positif dari pembeli.

Gantung Banner di depan rumah

Jangan pandang sebelah mata dengan kaedah konvesional ini kerana ia juga mendapat sambutan jualan dari pembeli. Ada pembeli yang rajin meronda kawasan-kawasan yang mereka minat untuk mencari rumah. Kos menempah banner hanya RM30. Namun ia lebih sesuai untuk rumah kosong dimana hanya nombor telefon dipaparkan.
Tidak digalakkan bagi rumah yang masih berpenghuni kerana terdapat kes-kes menyamar sebagai pembeli untuk masuk ke rumah dan melakukan jenayah.

Dokumen yang perlu disediakan untuk menjual rumah

Senarai dokumen yang perlu anda sediakan untuk menjual rumah adalah seperti berikut:
i. Salinan kad pengenalan
ii. Salinan geran
iii. Salinan perjanjian jual beli semasa beli
iv. Bil utiliti
v. Bil cukai pintu dan cukai tanah
vi. Penyata pinjaman terkini (jika ada)
Bagi penyediaan draf perjanjian jual beli, salinan kad pengenalan, geran, perjanjian jual beli dan penyata pinjaman terkini perlu diserahkan awal manakala yang lain disediakan semasa menandatangani perjanjian jual beli.

Kos Jual Rumah

Apa Kos Utama dalam Penjualan Hartanah?

Terdapat 4 kos utama yang perlu di lalui oleh penjual rumah iaitu:
i. Kos Guaman
Saya cadangkan anda memilih peguam bagi memudahkan proses jual beli rumah anda walaupun anda boleh memilh untuk membuat sendiri dalam bahagian2 tertentu. Memang kos boleh dikurangkan sedikit tanpa lantik peguam, tetapi adakah anda bersedia dan punya masa untuk berurusan dengan peguam pembeli.

Jika tidak menggunakan khidmat peguam, anda hanya perlu mengeluarkan kos peguam bagi bayaran kerja pengurusan peguam seperti caj ke atas hak milik dari bank dam penfailan cukai dimana keseluruhannya lebih kurang sekitar RM2000 hingga RM3000. Anda perlu sedar bahawa, peguam pembeli tidak mewakili anda dan mereka hanya melindungi kepentingan pembeli. Ada kes penjual menumpang peguam pembeli tetapi ia tetap bukan peguam yang mewakili anda.

ii. Cukai Hartanah (RPGT)
Cukai Jualan Harta Tanah (RPGT) dikenakan kepada penjual hartanah hasil dari jualan harta anda. Kadar cukai bergantung kepada tempoh masa dan belian hartanah. Cukai hartanah bagi individu dan penduduk tetap mengikut tempoh seperti berikut:
 Jualan pada tahun pertama hingga tahun ketiga :30%
 Jualam pada tahun keempat:20%
 Jualam pada tahun kelima:15%
 Jualan pada tahun keenam dan seterusnya :5%

Cukai jualan ini adalah tinggi tetapi ada beberapa cara untuk dapatkan pengecualian dan pengurangan bayaran. Jika anda mempunyai hartanah yang ingin dijual, boleh buat pengecualian penuh cukai RPGT yang hanya boleh digunakan sekali sahaja dan pilihlah hartanah yang paling tinggi anda terima pengecualian cukai.

Cara nak dapatkan pengecualian penuh.

Jika rumah yang hendak dijual mempunyai dua penama, kedua-dua pemilik hendaklah menggunakan pengecualian untuk dapatkan pengecualian penuh.
Sebagai contoh, En Amran bersama isterinya, Pn Salbiah menjual rumah dan dikenakan RPGT sebanyak RM30,000. Jika hanya En. Amran yang buat pengecualian, RPGT yang perlu dibayar adalah sebanyak RM15,000 tetapi jika kedua-duanya menggunakan pengecualian tersebut, tiada RPGT dikenakan.

Pengecualian RPGT boleh dibuat dengan memaklumkan kepada peguam untuk memohon pengecualian tersebut.

Ada cara lain selain guna RPGT?

Alternatif lain jika tidak menggunakan RPTG, boleh dibuat dengan mengurangkan jumlah cukai dengan membuat penolakan terhadap beberapa kos belian dan jualan yang dibenarkan seperti di bawah dengan syarat sertakan dokumen lengkap dan maklumkan kepada peguam untuk buat penolakan dalam kiraan cukai.
+ Kos guaman
+ Kos Pengurusan
+ Kos agensi
+ Kos baik pulih dan pengubahsuaian
Nota: Perbincangan mengenai topik ini agak Panjang dan jika ingin tahu lebih
lanjut boleh klik : Langkah Menjimatkan Cukai RPGT

iii. Penalti ‘Lock in Period’
Kebanyakan bank mengenakan penalti bagi pemilik yang menjual rumah dalam satu tempoh 3 hingga 5 tahun setelah mendapat pinjaman. Bank akan kenakan penalty ke atas hutang asal dan kadar penalti dalam 2% hingga 5 % mengikut keadaan semasa. Sebagai contoh jika pinjaman anda RM500,000 dan kadar penalty ialah 5%, anda perlu membayar sebanyak RM25,000. Bagi mendapat kepastian, sebaiknya semak surat tawaran pinjaman semasa tandatangan perjanjian jual beli rumah kerana ada juga pakej pinjaman yang tiada lock -in period.

Prosedur Jual Rumah

6 proses bagi menjual rumah anda

Tatacara dan prosedur menjual rumah berbeza antara pembeli yang membeli secara tunai, membuat pinjaman melalui bank dan melalui pembiayaan perumahan kerajaan iaitu LPPSA.
Ramai yang bertanya soalan kepada kami melalui telefon dan email bagaimana proses dan tempoh dapat tunai jual rumah. Sebenarnya tiada tempoh yang spesifik. Boleh jadi ia terikat kepada pembeli sendiri bagi menyediakan dokumen sokongan atau ruang masa untuk memproses atau status rumah.
Walaubagaimana pun angaran masa dari tarikh pembeli ‘booking’ hingga serahan kunci adalah seperti berikut:
• Rumah master title:5-7 bulan
• Rumah master title, geran perlu disempurnakan : anggaran setahun atau lebih
• Hartanah freehold dengan geran individu atau strata :4-5 bulan
• Hartanah leasehold dengan geran individu atau strata:6-8 bulan

Secara asasnya 7 proses ini perlu dibuat seperti berikut:
i) Tandatangan surat tawaran dan tunjuk minat
Pembeli akan menandatangani surat tawaran (booking form) atau surat tunjuk minat dan membayar 3% sebagai tanda setuju dari harga jual peguam atau ejen hartanah. Sebaiknya teliti dan fahami terma dalam surat tawaran dan ajukan pertanyaan kepada peguam atau ejen jika terdapat sebarang kemusykilan.

Proses pembayaran rumah dibuat secara berperingkat iaitu:
i. 3% daripada harga jual sebagai wang tanda jadi dan setuju kepada peguam
ii. 7% daripada harga jual semasa menandatangani perjanjian jual beli
iii. Baki 90% dibuat dalam masa 90 hari dari tarikh perjanjian jual beli atau kebenaran diterima oleh pihak berkuasa.
Manakala tempoh masa untuk pembeli tandatangan perjanjian jual beli adalah dalam 14 – 21 hari bekerja. Jangan segan untuk mengingatkan pembeli bagi memudahkan proses seterusnya.
Pastikan anda memasukkan klausa dalam terma perjanjian jual beli dimana wang tanda jadi atau setuju tidak akan dikembalikan sekiranya pembeli ingin membatalkan perjanjian jual beli tersebut.

ii) Pembeli memohon pinjaman perumahan dan tandatangan perjanjian jual beli
– Pembeli yang membuat pinjaman bank akan menghantar permohonan ke bank yang akan memakan masa 14 hari bekerja bagi mendapat jawapan lulus sekiranya dokumen lengkap.
– Setelah pinjaman lulus, pembeli dan penjual akan menandatangani perjanjian jual beli dan membuat bayaran deposit 7%.

iii) Penilai Bank
Bank akan melantik penilai bagi mengeluarkan laporan penilaian rumah anda. Kebiasaannya dalam situasi ini, jumlah nilaian adalah sama dengan nilaian jualan. Jarang terjadi situasi dimana penilai meberikan nilaian yang rendah setelah bank meluluskan pinjaman pembeli.

iv) Tempoh pindah milik
Bermula dari tarikh perjanjian jual beli, hartanah freehold yang ada geran strata atau individu boleh diselesaikan dalam jangka masa 90 hari bekerja.
Jangka masa pindah milik kepada pembeli berkait rapat kepada sejauh mana rumitnya kes tersebut dan jenis geran.

v) Serahan kunci
Sebaik proses pindah milik selesai, serahkan kunci kepada pembeli

vi) Tutup akaun utiliti
Jangan lupa tutup akaun utiliti dan dapatkan deposit bil elektrik dan bil air anda.

Nota : Bagi pembeli yang membuat pinjaman melalui LPPSA anda boleh cadangkan kepada mereka untuk menggunakan khidmat Ejen Hartanah. Anda boleh melantik sendiri Ejen Hartanah utuk jadi orang tengah bagi pihak anda dan pembeli hingga proses jual beli selesai yang mengambil lebih kurang 2 bulan tertakluk kepada kesediaan pembeli menguruskan dokumen dan kelulusan Ketua Jabatan.

Pemilik Terjebak dengan Perangkap Jualan Hartanah
Banyak perangkap jualan hartanah yang perlu anda ambil tahu supaya anda bersedia untk menghadapi situasi ini. Kadangkala ketika berurusan dengan pelanggan anda lebih kepada sentimen emosi atau “terlebih mesra” sehingga mewujudkan kekangan atau bersikap lebih kurang dalam urusan jual beli.
Antara perangkap jualan yang kerap terjadi adalah seperti situasi di bawah.

i) Kos tersembunyi bila pembeli markup pinjaman
Ramai pembeli yang berniat nak mark-up pinjaman dimana pembeli akan menaikkan harga belian bagi mendapatkan pinjaman lebih. Teknik ini membolehkan mereka untuk dapat balik kos deposit yang telah dibayar kepada pemilik. Dalam hal ini, apabila harga tinggi, secara tidak langsung penjual perlu menanggung dua kos tambahan:

 kos guaman : kiraan fi peguam adalah berdasarkan harga mark-up bukan harga belian. Semakin tinggi harga rumah, semakin naik fi peguam;

 kos cukai tanah: harga jualan mempengaruhi cukai LHDN dimana ia berdasarkan kiraan keuntungan atas perjanjian jual beli.

Bagi mengatasi situasi ini anda perlu bertegas dari awal meletakkan syarat kepada pembeli agar sedia menanggung lebihan kos di atas mark-up harga yang telah dibuat atau tidak setuju dengan usul tersebut. Anda juga boleh memilih untuk tidak diwakili peguam dan menggunakan pengecualian RPGT sekali seumur hidup.

ii) Masalah title rumah
Selesaikan terlebih dahulu sekiranya rumah anda ada sekatan dalam bentuk kaveat dan rumah juga tidak dapat dijual jika didapati anda bankrap

iii) Kos tersembunyi dan jangkamasa untuk pemilikan rumah yang belum disempurnakan
Projek berstatus leasehold tidak membenarkan pindah milik kepada pembeli secara terus. Pemilik perlu tukar nama daripada nama pemaju kepada pemilik terlebih dahulu dengan menandatangani Memorandum of Tansfer dimana kosnya agak tinggi. Proses ini mengambil masa 3- 6 bulan.

Saya cadangkan semak dengan pemaju terlebih dahulu samada geran rumah masih master title atau boleh tukar kepada nama anda?

iv) Rumah ada sekatan , jual kepada non-bumi
Pastikan anda semak samada rumah anda berstatus pegangan Bumi Lot, Rizab Melayu atau Leasehold sebelum anda menjual. Ini kerana bumi lot dan rizab memang jelas termaktub untuk bumiputera. Begitu juga dengan rumah berstatus leasehold dimana ramai yang beranggapan ia berstatus non-bumi yang akhirnya terperangkap. Rumah berstatus leasehold yang ada geran individu perlu dapat consent daripada kerajaan negeri. Besar kemungkinan permohonan tukar nama ditolak berikutan polisi kerajaan negeri menjaga kouta bumiptera dalam pemilikan hartanah.

v) Perceraian
Rumah yang mempunyai dua pemilik iaitu pasangan suami isteri yang telah bercerai boleh juga membantutkan jualan rumah. Kedua pihak terlebih dahulu perlu berunding dan mencapai kata sepakat dalam membuat keputusan menjual rumah.

vi) Anda tidak terima deposit penuh
Wang deposit 10% semasa menandatangani perjanjian jual beli antara anda dan pembeli akan ditolak terlebih dahulu untuk fi professional . Peguam juga akan menggunakan dulu 3% daripada nilai rumah bagi tujuan pembayaran Cukai Hartanah kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Dalam masa yang sama, peguam akan hantar perkiraan RPGT kepada LHDN untuk kelulusan. Jika didapati amaun 3% tidak mencukupi, ia perlu dibuat bayaran tambahan. Tempoh maklumbalas dari LHDN memakan masa 3-6 bulan.

Perlukah Guna Servis Ejen Hartanah?

Jika anda pening berurusan dengan orang, tidak mahu berserabut dengan hal-hal dokumen, lebih baik gunakan servis ejen hartanah. Mudah kerja dan Terbaik!

Jika and abaca artikel yang Panjang berjela ini,terus terang ia hanya dasar sahaja. Banyak aspek jual rumah yang perlu dikira dan tidak ditulis di sini. Ini hanya panduan sepintas lalu. Senang cerita, jualan rumah bukan mudah. Ditambah lagi sikap pembeli apabila berurusan dengan orang awam lain caranya tetapi apabila berurusan dengan yang berauthoriti mereka lebih professional. Penyediaan dokumen yang tidak lengkap dan jangka masa yang panjang menambahkan bebanan fikiran anda ditambah dengan kerja hakiki anda.

Apa kata serahkan semua kerja jualan kepada Ejen Hartanah. Mereka bantu anda supaya anda tidak rugi dalam urusan jual beli rumah dengan cepat dan pantas!.

Untuk guna khidmat Ejen Hartanah

Soalan Lazim dalam Jualan Hartanah

1. Saya masih berhutang dengan bank. Boleh ke jual?
Rumah yang belum habis bayar boleh dijual dimana pembeli akan membayar hutang tersebut dan baki keuntungan diserahkan kepada anda.

2. Bagaimana nak kira hasil jualan rumah?
Buat anggaran hasil jualan ruma dengan menolak kos jual rumah dan baki pinjaman dari harga jual.

3. Jika pembeli guna loan LPPSA, bagaimana caranya?
Ejen hartanah akan uruskan bagi pihak anda. Prosesnya lebih mudah dimana LPPSA telah mewujudkan sistem pembiayaan rumah bagi menguruskan jual beli rumah secara sistematik.

4. Saya risau rumah kena lelong kerana sudah lama tidak bayar rumah. Ada cara tak mengatasi masalah ini?
Anda mempunyai alternatif kedua iaitu mengeluarkan KWSP untuk bayar ansuran tertunggak dan baki pinjaman. Buat rundingan dengan pihak bank bagi penyelesaian atau jalan terakhir ialah dengan menjual rumah tersebut.

5. Berapa fi ejen hartanah jika saya mewakilkan mereka untuk menjual rumah saya?
Fi ejen dan juga services tax adalah rendah iaitu sehingga 3.18% dari harga jual.

Kesimpulan

Semoga artikel ini memberi inspirasi sokongan untuk anda berjaya jual rumah dengan cepat. Pilihan di tangan anda! Kami sedia dihubungi untuk sebarang pertanyaan dan bantuan.